KPK disaran terokai peluang perniagaan dalam pasaran

Manndzri (tiga kanan), Nasarudin (dua kanan) bersama wakil syarikat Nozoly Food Industry Sdn Bhd, Ino Nature Sdn Bhd dan Today Assist Sdn Bhd.
Manndzri (tiga kanan), Nasarudin (dua kanan) bersama wakil syarikat Nozoly Food Industry Sdn Bhd, Ino Nature Sdn Bhd dan Today Assist Sdn Bhd.
A
A
A

SEREMBAN - Setiap Koperasi Pekebun Kecil (KPK) disyorkan meneroka setiap peluang perniagaan yang tersedia dalam pasaran agar pulangan kepada koperasi dapat dimaksimumkan.

Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) Manndzri Nasib berkata, justeru mereka di seru agar tidak hanya menjadikan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Risda sebagai platform janaan pendapatan.

Menurutnya, bagaimanapun Risda amat terbuka dalam menyediakan ruang dan peluang kepada semua KPK bagi menjana pendapatan serta pulangan melalui projek-projek di bawah program pembangunan KKDW dan Risda.

"Ini meliputi peluang perniagaan melalui program pembangunan tanam semula, input pertanian, pemasaran, keusahawanan, agromakanan serta pelbagai lagi peluang.

"Sebagai contoh, saya difahamkan KPK Negeri Sembilan telah menerima projek daripada Program Agromakanan melalui projek tanaman nanas seluas 8.5 ekar di kawasan Rembau sekali gus mengambil langkah berani untuk mengusahakan projek itu secara komersial," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Kali Ke-44 Koperasi Pekebun Kecil Negeri Sembilan Berhad di sini pada Khamis.

Hadir sama, Pengerusi KPK Negeri Sembilan Berhad, Datuk Nasarudin Malek.

Manndzri (tiga kanan), Nasarudin (dua kanan) bersama wakil syarikat Nozoly Food Industry Sdn Bhd, Ino Nature Sdn Bhd dan Today Assist Sdn Bhd.
Manndzri (tiga kanan), Nasarudin (dua kanan) bersama wakil syarikat Nozoly Food Industry Sdn Bhd, Ino Nature Sdn Bhd dan Today Assist Sdn Bhd.

Artikel Berkaitan:

Manndzri berkata, beliau yakin agensi-agensi berkaitan dan pihak yang berkenaan akan sentiasa memberikan kerjasama terbaik kepada seluruh koperasi dalam melaksanakan operasinya.

Dalam pada itu, beliau menyokong cadangan Nasarudin dalam mengembangkan perniagaan koperasi dalam industri halal negara yang boleh memberi impak dalam pasaran antarabangsa.

"Pada tahun hadapan Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN, jadi manfaatkan peluang ini dahulu dengan perniagaan yang ada sekali gus memberi pulangan yang lebih besar kepada seluruh ahlinya," katanya.

Ujarnya, selaras dengan itu, kerajaan telah menyediakan sebanyak RM1 juta untuk program ASEAN Cooperative sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025, selain RM500,000 diperuntukkan kepada koperasi masjid dan RM500,000 lagi untuk latihan pengendali koperasi di desa.

Sementara itu, Nasarudin berkata, sebagai sebuah koperasi yang wujud hasil daripada penubuhan RISDA itu sendiri, KPK merupakan entiti sokongan kepada sistem pembangunan ekonomi negara melalui sektor pekebun kecil.

Manndzri bersama barisan perwakilan Mesyuarat Agung Perwakilan Kali Ke-44 Koperasi Pekebun Kecil Negeri Sembilan Berhad.
Manndzri bersama barisan perwakilan Mesyuarat Agung Perwakilan Kali Ke-44 Koperasi Pekebun Kecil Negeri Sembilan Berhad.

"Peranan koperasi kepada ahlinya bukan hanya tertakluk kepada menjana pendapatan semata-mata, malah ianya berperanan mencipta peluang ekonomi inklusif.

"Peranan ini diterjemahkan melalui penyediaan akses kepada penyediaan peluang pekerjaan, pemangkin kepada pembangunan komuniti dan institusi serta menyokong kepada peningkatan kualiti hidup komuniti pekebun kecil,"kataya.

Dalam majlis sama, turut berlangsung pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara KPK Negeri Sembilan Berhad dengan tiga syarikat iaitu Nozoly Food Industry Sdn Bhd, Ino Nature Sdn Bhd dan Today Assist Sdn Bhd.

Ketiga-tiga syarikat berkenaan masing-masing akan bekerjasama melalui perkongsian dan usahasama bagi membekal bahan pemprosesan makanan, pengeluaran baja bio organik dan platform pemasaran digital yang berkaitan setakat dibenarkan undang-undang dipersetujui.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!