Dua cedera, kereta 'ditelan' lubang benam

Fenomena lubang benam itu dikatakan muncul secara tiba-tiba dan telah menyebabkan kesesakan luar biasa pada Khamis. Foto Agensi
Fenomena lubang benam itu dikatakan muncul secara tiba-tiba dan telah menyebabkan kesesakan luar biasa pada Khamis. Foto Agensi
A
A
A

SEOUL - Dua individu cedera selepas kereta dinaiki mereka 'ditelan' lubang benam ketika kejadian di Korea Selatan pada Khamis.

Media tempatan melaporkan insiden itu berlaku pada jam 11.26 pagi (waktu tempatan) di tengah jalan raya di daerah Seodaemun-gu di barat ibu kota ketika mereka dalam perjalanan menuju ke Jambatan Seongsan.

"Kedua-dua mangsa adalah lelaki berusia dalam lingkungan 80-an dan wanita berumur dalam lingkungan 70-an. Mereka kini dirawat di hospital," lapor The Korea Herald.

Fenomena lubang benam itu turut menyebabkan kesesakan lalu lintas dan siasatan lanjut telah dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian tersebut. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!