Tiada penganjuran program berbaur politik di Masjid Kampung Temin

Hebahan mengenai penganjuran program di Masjid Kampung Temin, Jerantut, jam 9 malam, pada Khamis adalah palsu.
Hebahan mengenai penganjuran program di Masjid Kampung Temin, Jerantut, jam 9 malam, pada Khamis adalah palsu.
A
A
A

KUANTAN - Tiada sebarang program berbaur politik akan diadakan di Masjid Kampung Temin, Jerantut pada jam 9 malam Khamis seperti yang tersebar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cheka, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan turut menafikan perkara tersebut.

"Saya tegaskan tiada penganjuran program itu dan ia bukan dibuat oleh AJK (ahli jawatan kuasa) Lajnah Dakwah Pas Pusat mahu Pas Pahang. Palsu!," katanya ringkas pada Khamis.

Sebelum ini tular satu risalah yang memaparkan gambar beliau dan dua lagi pemimpin iaitu Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta ADUN Jengka, Shahril Azman Abd Halim meminta orang ramai untuk hadir ke Masjid Kampung Temin, Jerantut pada waktu tertera.

Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim

Program itu didakwa dianjurkan Lajnah Dakwah Pas Pusat yang bertajuk Merdeka dan Pendakwaan Muhyiddin, bebaskah kita?

Pada Selasa lalu, bekas perdana menteri itu tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengeluarkan perkataan menghasut sewaktu berkempen pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Nenggiri 14 Ogos lalu.

Sebelum itu, Tuan Ibrahim berkata, ADUN Perikatan Nasional (PN) Pahang menyokong penuh titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mahu satu siasatan yang adil dijalankan atas dakwaan tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Kami meletakkan keyakinan sepenuhnya kepada pihak polis bagi menjalankan tugas mereka dan semua pihak tidak perlu menimbulkan polemik serta hendaklah akur terhadap titah Tuanku," katanya.

Tuan Ibrahim yang juga Timbalan Pas Pusat memberitahu, tindakan itu jelas tidak bertanggungjawab.

"(Ada) tangan-tangan (pihak tertentu) yang ingin memburukkan Pas dengan institusi masjid di Pahang," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!