Kedah, MU berentap rebut piala Nusantara Challenge

Dari kiri Sony, Nafuzi, Imran dan Manahati bersama Piala Nusantara Challenge 2024 yang jadi rebutan KDA FC dan MU FC malam Jumaat. Foto KDA FC
Dari kiri Sony, Nafuzi, Imran dan Manahati bersama Piala Nusantara Challenge 2024 yang jadi rebutan KDA FC dan MU FC malam Jumaat. Foto KDA FC
A
A
A

KEDAH Darul Aman FC (KDA FC) akan berdepan kelab Liga 1 Indonesia, Malut United FC (MUFC) bagi merebut piala kejohanan Nusantara Challenge 2024 (NC 2024) yang pertama kali dipertandingkan pada malam Jumaat.

Pengendali KDA FC, Nafuzi Zain berkata, aksi di Stadium Darul Aman itu menjadi medan terbaik buat kedua-dua kelab bagi mengekalkan momentum selepas liga berehat sementara bagi memberikan laluan kepada skuad kebangsaan menghadapi perlawanan antarabangsa.

Menurutnya, kejohanan itu juga merupakan aksi terbaik kepada Sang Kenari bagi persediaan menghadapi saingan Liga Super bertemu Kuala Lumpur City pada 14 September depan.

"Ini juga satu pengalaman untuk semua pemain dan pendedahan yang baik buat kami kerana bukan senang mempersiapkan pemain untuk berhadapan pasukan luar negara seperti ini dan beraksi di laman sendiri dan dihadapan penyokong sendiri pastinya kami mahukan kemenangan pada aksi malam esok.

"Kita tahu pasukan MU FC merupakan pasukan yang begitu bersedia dan dengan membawa masuk beberapa pemain skuad kebangsaan Indonesia dan sudah pasti ianya satu saingan menarik dan memiliki kualiti yang tersendiri untuk disaksikan malam esok," katanya pada sidang akhbar di Stadium Darul Aman petang Khamis.

Perkara sama diakui oleh Ketua Jurulatih MU FC, Imran Nahumaruri yang menyifatkan kehadiran mereka ke Alor Setar juga bertujuan untuk mengekalkan rentak belum tewas di saingan Liga 1 Indonesia setakat ini.

Menurutnya, selain dapat mengeratkan perhubungan dalam arena bolasepak di nusantara, ia juga dapat memberikan minit permainan pemain-pemain yang jarang diturunkan di saingan liga negara tersebut.

"Ada beberapa hal yang kami cuba rancangkan untuk aksi malam esok, kerana kami juga tidak mahu kalah dan kami akan cuba kekalkan rekod tanpa kalah dalam Liga 1 Indonesia dalam tiga aksi sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

"Kedah memilki pemain yang bagus dan mereka tersusun dalam gerakan. Bagaimanapun, saya harap kami dapat mengatasi mereka malam esok," katanya.

Hadir sama pada sidang media adalah Ketua pasukan KDA FC, Sony Norde dan Ketua Pasukan MU FC, Manahati Lestusaen.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!