Tanah jerlus: Kerajaan, Pesuruhjaya Tinggi India bincang perkembangan SAR

Kerajaan mengadakan pertemuan bersama Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, BN Reddy bagi membincangkan maklumat terkini mengenai operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang sedang dijalankan susulan insiden tanah jerlus, pada Khamis.
Kerajaan mengadakan pertemuan bersama Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, BN Reddy bagi membincangkan maklumat terkini mengenai operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang sedang dijalankan susulan insiden tanah jerlus, pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan mengadakan pertemuan bersama Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, BN Reddy bagi membincangkan maklumat terkini mengenai operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang sedang dijalankan susulan insiden tanah jerlus, pada Khamis.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, kerajaan Malaysia sedang melakukan yang terbaik dengan mengambil semua tindakan sewajarnya dalam operasi berkenaan.

"Pertemuan bersama BN Reddy diadakan di pejabat saya di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

"Dalam pertemuan tersebut, saya memberi makluman terkini mengenai SAR mangsa insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India yang merupakan seorang warganegara India.

"Kerajaan Malaysia sedang melakukan yang terbaik untuk mengambil semua tindakan diperlukan," katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Khamis.

Hadir sama ke pertemua itu, Setiausaha Pertama Suruhanjaya Tinggi India ke Malaysia, Rajesh H Maniyil dan Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, Datuk Indera Noridah Abdul Rahim.

Sebelum ini media melaporkan, BN Reddy hadir ke lokasi insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India pada Khamis.

Beliau tiba di lokasi kira-kira jam 3.40 petang menaiki sebuah kenderaan rasmi sebelum dibawa meninjau ke lokasi tanah jerlus di sini.

Artikel Berkaitan:

Kemudian, BN Reddy dibawa ke kawasan khemah pasukan penyelamat untuk sesi taklimat khas berkaitan operasi terkini yang dijalankan.

Sehingga kini usaha mencari mangsa insiden tanah jerlus Vijaya Lakshmi Goli, 48, masih lagi dijalankan selepas kejadian tanah jerlus, Jumaat lalu.

Kejadian tersebut telah mengakibatkan mangsa hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter di hadapan sebuah premis di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.

Mangsa yang berada di negara ini bersama keluarganya untuk melancong, dilaporkan sedang berjalan kaki melalui kawasan berkenaan menuju ke sebuah kuil berhampiran.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!