'Ini pesawat, bukan kedai roti'

Pempengaruh tersebut turut menunjukkan cara membuat roti tersebut. Foto Agensi
Pempengaruh tersebut turut menunjukkan cara membuat roti tersebut. Foto Agensi
A
A
A

BARCELONA - Demi menagih tontonan yang tinggi, seorang pempengaruh bertindak kurang cerdik apabila membuat roti ketika menaiki penerbangan dari Amerika Syarikat (AS) menuju ke Sepanyol.

Maria Baradell turut selamba membuka 'kelas memasak' sambil dia mencampurkan bahan asas seperti tepung, air, garam dan air di dalam sebuah mangkuk di atas meja lipat pesawat.

"Adakah anda mahu melihat hasilnya?" ujar Baradell menerusi klip video tersebut sambil menguli dan menjadi doh di 'dapur' pada ketinggian kira-kira 9,100 meter.

Perbuatannya bagaimanapun mengundang kritikan pengguna media sosial.

Salah seorangnya ialah kru kabin yang berpendapat penyediaan roti itu ternyata tidak bersih memandangkan meja lipat tersebut biasanya menjadi tempat tukar lampin dan memotong kuku kaki segelintir penumpang.

"Ia sememangnya mengarut! Semua ini demi untuk mendapat 'view'," luah seorang warganet.

Tindakannya juga dikecam seorang lagi pengguna media sosial.

"Tolong jangan buat begitu di dalam pesawat kerana ruangnya yang tertutup dengan serbuk tepung yang berterbangan ke arah penumpang lain," katanya.

Artikel Berkaitan:

Baradell turut memberi respons terhadap kecaman yang diterimanya menerusi video kedua.

"#milehighsourdoughclub tidak akan menjadi apa-apa.

Saya cuba jadi kreatif apabila melihat seorang pempengaruh lain membuat pasta di dalam pesawat.

Terima kasih atas komen dan maklum balas anda semua.

Tidak mengapa jika anda mahu mengutuknya kerana saya mempunyai niat yang baik.

"Kami menikmati roti itu ketika makan malam pada keesokan harinya dan rasanya enak!

Saya tidak sabar mahu meneroka Barcelona dan berkunjung ke kedai membuat roti terbaik di sini," ujarnya. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!