Malakoff mahu tingkat kesedaran alam sekitar

Malakoff turut dibawa melawat ruangan berita Sinar Harian yang bertempat di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Khamis.
Malakoff turut dibawa melawat ruangan berita Sinar Harian yang bertempat di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Tahap kesedaran rakyat di negara ini mengenai kepentingan memelihara alam sekitar masih rendah dan memerlukan usaha pendidikan yang berterusan.

Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Malakoff Corporation berhad (Malakoff), Anwar Syahrin Abdul Ajib berkata, sebagai sebuah syarikat yang bertanggungjawab untuk menjaga persekitaran, didapati sampah yang boleh dikitar semula masih tidak diasingkan.

“Orang ramai sama sekali tidak mengasingkan sampah sarap yang boleh dikitar semula seperti botol, plastik dan kertas,” katanya ketika melakukan kunjungan ke Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Khamis.

Hussamuddin (kanan) menyerahkan cenderahati kepada Anwar Syahrin sempena kunjungan pertama ke Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Khamis.
Hussamuddin (kanan) menyerahkan cenderahati kepada Anwar Syahrin sempena kunjungan pertama ke Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Khamis.

Kunjungan tersebut disambut oleh Penasihat Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub; Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Firdaus Hussamuddin dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Karangkraf, Akmal Eirfan Mohamed Fauzi.

Dalam pada itu, Anwar Syahrin berkata, susulan perilaku masyarakat yang ambil mudah terhadap sampah, pihaknya bersedia untuk bekerjasama dengan Kumpulan Karangkraf bagi merangka kempen untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan menjaga alam sekitar.

Katanya, menerusi usaha berkenaan, masyarakat Malaysia secara tidak langsung dapat mempelajari dan menanam rasa bertanggungjawab dalam mengurus sisa pepejal yang boleh dikitar semula.

“Jika kempen ini berjaya dilaksanakan, saya percaya ia akan membantu ke arah pemulihan alam sekitar dengan lebih baik.

Artikel Berkaitan:

“Sampah yang dibuang di tempat pelupusan juga akan berkurangan sekali gus membantu kita menguruskannya dengan lebih mudah,” ujar beliau.

Untuk rekod, anak syarikat Malakoff iaitu Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) menguruskan sisa pepejal di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Pahang.

Syarikat itu juga memainkan peranan penting memberikan perkhidmatan kepada masyarakat untuk menguruskan sampah dengan impak yang minimum terhadap alam sekitar.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!