Isteri merajuk suami sering utamakan adik-beradik

Kisah suaminya membantu kewangan keluarga atau saudara-mara sendiri ada kalanya membuatkan isteri terasa. - Gambar hiasan
Kisah suaminya membantu kewangan keluarga atau saudara-mara sendiri ada kalanya membuatkan isteri terasa. - Gambar hiasan
A
A
A

MERAK Jalanan ada seorang rakan yang merajuk dengan sikap suaminya. Bukan sebab curang tetapi kerana suaminya terlalu mengambil berat terhadap adik-beradik dan saudara-maranya.

Rakan Merak Jalanan ini kecewa kerana suaminya seolah-olah mengabaikan keluarga isterinya yang dikatakan lebih memerlukan sokongan kewangan.

Rakan Merak Jalanan ini beritahu, dia tidak kisah kalau suaminya ikhlas membantu kewangan keluarga atau saudara-mara sendiri, tetapi dalam masa sama perlu melihat kebajikan keluarga sebelah isteri juga.

Begitulah beratnya seorang suami untuk membahagikan kasih sayang terhadap ahli keluarga sendiri dan isteri. Lebih-lebih lagi jika ada antara mereka susah dan memerlukan bantuan kewangan.

Bagi Merak Jalanan, dalam kes rumah tangga sebegini, tak salah jika si suami membantu adik-beradiknya kerana yang dibantunya bukan orang lain tetapi darah daging sendiri yang menjadi tanggungjawabnya untuk membantu. Cuma si isteri perlulah bertolak ansur.

Merak Jalanan rasa, daripada mengeluh, lebih baik isteri bersama-sama membantu kewangan keluarga. Kasihan juga Merak Jalanan tengok suaminya setiap hari membanting tulang mencari rezeki untuk menyara keluarga.

Bak kata orang, hidup berkeluarga ini banyak kena bersabar.

Cuma dalam kes ini, Merak Jalanan mendapat satu kesimpulan bahawa walaupun kita selalu membantu orang lain, tapi sesekali tengok-tengoklah keluarga sendiri yang lebih dekat. Mungkin mereka lebih memerlukan bantuan tetapi malu nak meminta. Akhirnya memendam rasa dan merajuk.

Artikel Berkaitan:

Betul, membantu adalah amalan yang amat digalakkan dalam Islam, tetapi perlulah seimbang agar tidak memudaratkan rumah tangga sendiri.

Semoga rakan Merak Jalanan ini akan dapat menyelesaikan masalah dihadapinya dengan baik.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!