Budak 9 tahun pecah rekod angkat berat 104kg

Fegley muncul individu paling termuda berjaya mengangkat beban seberat 104kg sewaktu menyertai Kejohanan Angkat Berat Amerika 2020 baru-baru ini.
Fegley muncul individu paling termuda berjaya mengangkat beban seberat 104kg sewaktu menyertai Kejohanan Angkat Berat Amerika 2020 baru-baru ini.
A
A
A

LOUISIANA - Seorang kanak-kanak lelaki berjaya memecah rekod di Amerika Syarikat selepas menjadi individu paling termuda mengangkat beban seberat 104 kilogram (kg).

Tate Fegley, 9, yang baru menyertai sukan angkat berat kira-kira setahun lalu berjaya memecah rekod berkenaan ketika menyertai Kejohanan Angkat Berat Amerika 2020 baru-baru ini.

Fegley mengatasi pesaingnya apabila hanya melakukan dua cubaan mengangkat beban berkenaan seterusnya menjadikan kanak-kanak itu pemegang rekod, lapor New York Post.

Menurut Fegley, dia memulakan sesi latihan di gimnasium pada jam 7 pagi setiap hari sempena cuti musim panas yang akan dipantau oleh jurulatihnya, Peyton Gray.

“Saya suka sukan ini dan gemar menyertai pertandingan angkat berat. Saya akan menghabiskan masa sekurang-kurangnya tiga jam untuk berlatih selepas pulang dari sekolah.

“Kini saya memberi fokus dan bekerja keras untuk menjuarai Kejohanan Remaja Kebangsaan yang akan berlangsung Ogos depan dan berharap mampu mengangkat beban lebih berat serta memecahkan lagi rekod kebangsaan,” katanya.

Sementara itu, Gray berkata, beliau kagum dengan kesungguhan anak didiknya itu kerana bersungguh-sungguh untuk mencuba mengangkat beban yang tidak setanding dengan usianya.

“Dia sememangnya seorang yang kuat semangat. Saya tidak pernah memaksa dia untuk melakukan di tahap yang mana seorang kanak-kanak tidak mampu pergi, namun dia mahu teruskan.

Artikel Berkaitan:

“Saya percaya itulah yang membezakannya sehingga dia boleh berjaya dan boleh melihat betapa dia bekerja keras untuk pertandingan.

“Kamu tahu apa yang dia katakan masa pertandingan selepas dia pecah rekod itu, dia berharap boleh naik semula untuk melakukan satu lagi cubaan. Betapa kagumnya saya dengan semangat dia,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!