Tanah jerlus: Selaman awal pagi JPBM sekali lagi temui jalan buntu

Pasukan SAR sekali lagi melakukan selaman di dalam saluran kumbahan berhampiran lokasi insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India kira-kira jam 4 pagi Jumaat. Foto Bernama
Pasukan SAR sekali lagi melakukan selaman di dalam saluran kumbahan berhampiran lokasi insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India kira-kira jam 4 pagi Jumaat. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Usaha pasukan penyelam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk mencari mangsa tanah jerlus yang hilang di Jalan Masjid India dengan melakukan selaman di dalam saluran kumbahan berhampiran lokasi kejadian sekali lagi menemui jalan buntu.

Tinjauan Bernama mendapati dua penyelam skuba dari Akademi JBPM Wilayah Utara mula turun ke lubang saluran itu pada 4 pagi untuk ke kawasan yang dipercayai terdapat ‘backlog’ iaitu kira-kira 44 meter dari lokasi kejadian.

Selaman dilakukan selepas pasukan SAR menutup sebahagian saluran dan melencongkan aliran masuk dalam usaha mengurangkan paras air daripada 1.5 meter hingga ke 0.8 meter di dalam saluran kumbahan iaitu kaedah sama yang digunakan semalam.

Tinjauan Bernama mendapati dua penyelam skuba dari Akademi JBPM Wilayah Utara mula turun ke lubang saluran itu pada 4 pagi untuk ke kawasan yang dipercayai terdapat ‘backlog’ iaitu kira-kira 44 meter dari lokasi kejadian. Foto Bernama

Pada 11.20 malam tadi, sebuah kren dilihat tiba di lokasi kejadian dan menarik sesuatu dari lubang jerlus itu selain menurunkan pam berkuasa tinggi 10,000 dan 20,000 liter untuk mengepam keluar air dari saluran kumbahan tersebut.

Bagaimanapun, selepas hampir setengah jam melakukan selaman, usaha itu sekali lagi membuahkan kehampaan.

Usaha pasukan penyelam JBPM untuk mencari mangsa tanah jerlus yang hilang di Jalan Masjid India dengan melakukan selaman di dalam saluran kumbahan berhampiran lokasi kejadian sekali lagi menemui jalan buntu. Foto Bernama

Anggota pasukan SAR yang sempat ditemui memaklumkan penyelam berdepan cabaran batu dan pasir yang banyak di dalam saluran kumbahan manakala arus deras menyebabkan usaha ke kawasan backlog sukar.

Artikel Berkaitan:

Turut kelihatan di lokasi kejadian bagi meninjau operasi SAR pagi ini ialah Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Nor Hisham Mohammad serta Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman.

Operasi SAR ditangguhkan seketika pada 5 pagi ini dan akan disambung nanti. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!