Koronavirus: Sepanyol catat kes pertama

Pesawat Sepanyol membawa 21 rakyat negara itu dari Wuhan mendarat di Torrejon Airbase, luar Madrid Jumaat lalu. - Foto Reuters
Pesawat Sepanyol membawa 21 rakyat negara itu dari Wuhan mendarat di Torrejon Airbase, luar Madrid Jumaat lalu. - Foto Reuters
A
A
A

MADRID - Sepanyol hari ini mengesahkan wabak koronavirus telah memasuki negaranya, sekali gus menjadi negara kelapan Eropah dijangkiti virus berkenaan.

Menurut agensi kesihatan negara itu, seorang lelaki telah dikuarantin di Pulau La Gomera, di Canaries sebelum disahkan menghidap penyakit berjangkit itu.

Lelaki itu merupakan salah seorang daripada lima individu yang dihantar ke pulau itu, namun identiti lengkap dan warganegara tidak didedahkan.

Agensi berkenaan memberitahu, mereka memiliki kontak rapat ke atas seorang warganegara Jerman yang sebelum ini sah dijangkiti koronavirus.

Sebelum ini, 21 warganegara Sepanyol yang dibawa keluar dari Wuhan menjalani kuarantin di sebuah hospital tentera di Madrid, namun sehingga kini, mereka tidak menunjukkan sebarang simptom penyakit itu.

Sementara itu, pada hari ini, bilangan kes kematian akibat koronavirus di China terus meningkat kepada 259 orang.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!