Tanah jerlus: Kerja pengorekan dilaksanakan di kawasan sekitar

Kerja pengorekan di tempat yang disyaki alami mendap dilaksanakan pada Jumaat bagi mengenal pasti punca kejadian.
Kerja pengorekan di tempat yang disyaki alami mendap dilaksanakan pada Jumaat bagi mengenal pasti punca kejadian.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerja pengorekan dan pemeriksaan di tempat yang berisiko mengalami mendapan di sekitar Jalan Masjid India di sini dilakukan pada Jumaat.

Tinjauan Sinar Harian di kawasan sekitar mendapati lokasi yang dipercayai akan digali akan ditanda dengan bulatan cat berwarna kuning.

Difahamkan, tujuan korekan dibuat bagi mengenal pasti punca mendapan.

Tindakan pengorekan itu dibuat dengan pemantauan penuh agensi terlibat terutama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berikutan terdapat saluran paip selain wayar kabel di tempat mendapan itu.

Antara lokasi sekitar Jalan Masjid India yang disyaki alami mendapan.
Antara lokasi sekitar Jalan Masjid India yang disyaki alami mendapan.

Terdapat juga kawasan mendap yang ditutup dengan penghadang.

Operasi yang masuk hari kelapan bagi mencari mangsa wanita warga India iaitu G Vijaya Lakshmi, 48, diteruskan membabitkan pelbagai agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), DBKL dan Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd.

Dalam insiden pada 23 Ogos lalu, sepasukan bomba dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 8.22 pagi melibatkan seorang wanita yang menjadi mangsa tanah jerlus.

Artikel Berkaitan:

Operasi mencari dan menyelamat mangsa di lokasi tanah jerlus di Jalan Masjid India diteruskan pada Jumaat.
Operasi mencari dan menyelamat mangsa di lokasi tanah jerlus di Jalan Masjid India diteruskan pada Jumaat.

Berikutan itu, pelbagai tindakan, peralatan aset serta teknik pencarian digerakkan ke lokasi dalam usaha mencari mangsa.

Antara cabaran pasukan penyelamat ialah berdepan 100 tan tekanan air di dalam pembentungan selain objek lain yang menjadi risiko perlu ditempuh.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa menerusi kenyataan pada Khamis, menyatakan operasi mencari mangsa akan diteruskan sehingga ke suatu masa yang ditetapkan kelak.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!