Tanah jerlus: Pasukan SAR di IWK teruskan pencarian mangsa

Operasi pencarian di Loji Indah Water Konsortium (IWK) Pantai Dalam. Foto Bernama
Operasi pencarian di Loji Indah Water Konsortium (IWK) Pantai Dalam. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Loji Indah Water Konsortium (IWK) Pantai Dalam di sini sedang bersiap sedia untuk meneruskan operasi mencari mangsa tanah jerlus yang berlaku di Jalan Masjid India, 23 Ogos lepas.

Sejurus tiba 8.40 pagi tadi, pasukan terdiri daripada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) serta petugas IWK dilihat mengadakan perbincangan dipercayai mengenai operasi hari ini.

Tinjauan Bernama mendapati 10 anggota bomba berserta sebuah jentera ‘Fire Rescue Tender' (FRT) dan van JBPM berada di lokasi.

Mangsa yang merupakan pelancong dari Kuppam, Andhra Pradesh dikenali sebagai G Vijaya Lakshmi, 48, hilang selepas terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter susulan insiden berkenaan pada 8.22 pagi.

Beliau yang berada di negara ini bersama keluarga sedang berjalan kaki di kawasan itu untuk ke sebuah kuil berhampiran sebelum kejadian. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!