Pengawal keselamatan rogol dua anak kandung direman

Suspek (kiri) ketika dibawa keluar dari Mahkamah Majistret pada Jumaat.
Suspek (kiri) ketika dibawa keluar dari Mahkamah Majistret pada Jumaat.
A
A
A

ALOR GAJAH - Seorang pengawal keselamatan ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes rogol dua anak kandungnya berusia 13 dan 17 tahun 11 bulan termasuk seorang dijadikan hamba seks.

Tahanan reman terhadap suspek berusia 39 tahun itu dibenarkan oleh Majistret Dr Teoh Shu Yee bermula Jumaat.

Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Md Nazri Zawawi berkata, mangsa merupakan anak sulung telah menjadi mangsa nafsu bapanya ketika berusia 12 tahun malah telah dirogol bapanya tanpa kerelaan di rumah mereka di Durian Tunggal ketika mangsa berusia 14 tahun.

Menurutnya, tragedi hitam yang dilalui mangsa dirahsiakan selama ini sehinggalah dia mendapat tahu adik perempuannya berusia 13 tahun turut menjadi mangsa seks bapa kandungnya itu sejak Julai lalu.

Beliau berkata, kejadian terbongkar selepas adiknya yang merupakan pelajar Tingkatan Satu telah menceritakan kejadian terbabit kepada rakan baiknya sebelum dimemaklumkan kepada guru.

"Selepas didesak, mangsa menceritakan kejadian pertama berlaku pada awal bulan Julai lalu, semasa mangsa berada di rumah, bapanya telah menyuruh mengurut kakinya sebelum dia dirogol.

"Beberapa minggu kemudian, sewaktu mangsa baru balik dari sekolah, bapanya menyuruh mangsa mandi sebelum memanggilnya masuk ke bilik bapanya dan merogol mangsa tanpa kerelaan, " katanya lagi.

Tambahnya, mangsa tidak menceritakan kepada sesiapa kerana takut dimarahi bapanya yang meminta supaya tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa termasuk ibunya yang bekerja sebagai tukang cuci.

Artikel Berkaitan:

Tahanan reman suspek sehingga Khamis depan bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!