'Kita dua salah, tapi saya bukan siapa-siapa' - Saksi

Ebit Lew diiringi barisan peguamnya ketika hadir ke Mahkamah Tenom.
Ebit Lew diiringi barisan peguamnya ketika hadir ke Mahkamah Tenom.
A
A
A

TENOM - Mahkamah Majistret yang mendengar perbicaraan kes Ebit Lew pada Jumaat merekodkan mesej perbualan pengadu yang dikemukakan di mahkamah sebelum ini.

Perbualan mesej itu direkodkan selepas peguam, Datuk Ram Singh memohon kepada mahkamah dalam pemeriksaan balasnya terhadap pengadu yang juga saksi pendakwaan kesembilan untuk membaca laporan kes forensik digital yang telah dikemukakan sebagai bahan bukti kes ini.

Laporan kes forensik digital yang bermula daripada muka surat 13 hingga 118 itu adalah diekstrak dari telefon bimbit milik pengadu bagi tempoh Mac hingga Julai 2021.

Antara petikan mesej perbualan yang direkodkan ialah di muka surat 36 pada 5 April 2021 bagi jam 3.06 petang dan jam 3.08 petang.

"Buat taubat nasuha awak, sama kita. Insya-ALLAH saya jaga aib ini. Sebenarnya itu yang saya nak WhatsApp, minggu depan sudah puasa.

"Awak baik, anggap ini ujian dengan saya tidak apa, jangan buat lagi dengan orang bahaya awak, nama awak terkenal.

"Maaf saya cakap-cakap macam ini, lagipun ini masa sesuai dengan kuarantin seminggu," kata pengadu ketika memberi keterangan di Mahkamah Tenom pada Jumaat.

Dalam tarikh sama iaitu pada jam 3.09 petang dan jam 3.10 petang, pengadu turut membaca petikan teks perbualan yang berada di muka surat 36 dan 37.

Artikel Berkaitan:

"Aib ini hanya saya yang simpan, macam awak cakap, kita manusia biasa.

"Lagipun saya isteri orang, tak apalah ujian hidup saya dengan suami macam ini, saya sabar saja demi anak," katanya.

Menerusi keterangan di mahkamah, pengadu turut membaca perbualan teks pada tarikh sama iaitu jam 3.12 petang dan 5.45 petang.

"Saya nak kawan dengan awak sebenarnya sebab saya suka nasihat-nasihat dari awak, tapi saya dah salah.

"Salah maksudnya saya pun sudah gagal dengan ujian ini... Tak sedap badan pula hari ini, sakit kepala dan tekak," katanya.

Perbualan mesej yang tertera di muka surat 39 bertarikh 8 April 2021 antara jam 5.06 petang hingga jam 5.21 petang juga antara yang dibacakan pengadu untuk direkodkan di mahkamah.

"Awak... saya mengadu bukan minta simpatikah. Atau kesiankah okay. Memang dari mula saya mesej dulu dekat IG (Instagram) pasal tengok Keluarga Sunnah. Hanya sudah anggap kawan.

"Tidaklah saya takut salah faham. Sebab bagi tahu. Sebenarnya saya sedih. Saya pun sudah salah tempat mengadu," katanya.

Sementara itu, mesej perbualan dalam muka surat ke 42 laporan kes digital forensik yang bertarikh 19 April 2021 iaitu antara jam 11.23 pagi hingga 11.25 pagi turut direkodkan selepas pengadu membacanya.

"Saya tidak. ALLAH. Kita dua salah. Tapi saya bukan siapa-siapa. Awak saja jaga diri. Jaga diri selalu...," katanya.

Sebelum itu, Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, 38, berhadapan dengan 11 pertuduhan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Perbicaraan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Zahida Zakaria dan Analia Kamaruddin.

Ebit Lew diwakili oleh Ram, Kamarudin Mohmad Chinki, Timothy Daut, Mohd Syarulnizam Salleh Keruak dan Prem Elmer Ganasan manakala Majistret ialah Nur Asyraf Zolhani.

@sinarharianonline

'Kita dua salah, tapi saya bukan siapa-siapa' - Saksi #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #EbitLew #Mahkamah #Mesej #Saksi

News - ComaStudio

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!