Polis siasat ahli pertubuhan guna Datuk palsu

Polis Pahang menjalankan siasatan berhubung dakwaan penggunaan gelaran Datuk palsu membabitkan seorang ahli bersekutu sebuah pertubuhan. Gambar hiasan
Polis Pahang menjalankan siasatan berhubung dakwaan penggunaan gelaran Datuk palsu membabitkan seorang ahli bersekutu sebuah pertubuhan. Gambar hiasan
A
A
A

KUANTAN - Polis Pahang menjalankan siasatan berhubung dakwaan penggunaan gelaran Datuk palsu membabitkan seorang ahli bersekutu sebuah pertubuhan.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, tindakan sedang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang.

Menurutnya, laporan polis telah diterima daripada Pertubuhan Jenayah Kebangsaan mengenai penggunaan Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) membawa gelaran Datuk yang tidak wajar.

"Beberapa dokumen telah dirampas daripada penama dan siasatan masih diteruskan untuk mengesan dan menangkap suspek.

"Kita ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya menggunakan darjah kebesaran palsu kerana ia merupakan satu kesalahan jenayah," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Ujarnya, suspek boleh dituduh bawah Seksyen 3(1)(a) Enakmen 18, Enakmen Lambang, Gelaran atau Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Pahang 2017 kerana telah menggunakan gelaran tidak wajar bagi tujuan tertentu.

Jelas beliau, jika disabitkan, pelaku boleh didenda maksimum RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya..

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!