Kesopanan, kesusilaan bertepatan ajaran Nabi Muhammad SAW

Antara peserta Malaysia #QuranHour di Masjid Abidin, Kuala Terengganu.
Antara peserta Malaysia #QuranHour di Masjid Abidin, Kuala Terengganu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Lima prinsip Rukun Negara yang harus dijunjung oleh rakyat Malaysia bertepatan dengan ajaran Nabi Muhammad SAW.

Pentadabur Malaysia #QuranHour Terengganu, Amir Shakirin Maznan berkata, pengertian terhadap prinsip tersebut terdapat dalam huraian melalui Surah al-Jumu'ah dan Surah al-Hujurat serta kupasan hadis.

"Walaupun Nabi Muhamad SAW telah menerapkan berkenaan akidah ketika berada di Makkah, Baginda tetap terap ajaran sama iaitu asas utama akidah apabila sampai di Madinah.

"Ini bermakna, apabila akidah mantap maka akan keluarlah nilai-nilai yang baik yang akan dijaga oleh sistem-sistem yang baik.

"Jadi, Malaysia #QuranHour pada hari ini memberikan resolusi utama iaitu mengutamakan kepentingan agama berbanding kepentingan lain," katanya ketika ditemui sempena program Malaysia #QuranHour di Masjid Abidin, di sini, pada Jumaat.

Dalam pada itu, beliau berkata, golongan yang mengutamakan kepentingan agama akan melahirkan generasi beradab dan mengamalkan nilai-nilai agama yang mahmudah (terpuji).

"Dari situ akan terbina sistem menyebarkan kebaikan walau di mana mereka berada, membentuk perundangan, bukan yang zalim tetapi undang-undang membina kebaikan dan keadilan kepada semua.

"Apa yang Baginda Nabi Muhammad SAW bawa ini serupa dengan prinsip rukun negara terutama berkaitan dengan prinsip kelima iaitu kesopanan dan kesusilaan.

Artikel Berkaitan:

Sebahagian peserta Malaysia#QuranHour di Masjid Abidin Kuala Terengganu.
Sebahagian peserta Malaysia#QuranHour di Masjid Abidin Kuala Terengganu.

"Ia amat bersesuaian dengan resolusi tahun ini iaitu memaknai jiwa merdeka melalui surah ini seperti tema dibawakan program, Melahirkan Jiwa Merdeka: Memaknai Rukun Negara Berpandukan Al-Quran dan Hadis," ujarnya.

Hadir sama pada program tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed.

Sementara itu, Pengurus Rumah Ngaji Terengganu, Wan Nur Aziemah Wan Mohd Azmi berkata, penganjuran Malaysia #QuranHour hari ini disertai hampir 500 peserta melibatkan lima buah lokasi di Terengganu.

"Lokasi utama program selama satu jam ini diadakan di lokasi utama iaitu di Masjid Abidin (Masjid Negeri) di Kuala Terengganu yang mana ia turut disertai qari iaitu Naib Johan Tilawah Quran Kebangsaan 2024, Abdul Hadi Che Abdul Halim.

"Empat lagi lokasi melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Selasih, Jertih, Besut; Persatuan Sahabat al-Quran Daerah Kuala Terengganu, Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Sahabat Quran Negeri Terengganu," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!