Kuala Lumpur masih selamat untuk dikunjungi - PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan perasmian pada program Kunjungan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam di sini pada Jumaat. Foto Bernama
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan perasmian pada program Kunjungan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam di sini pada Jumaat. Foto Bernama
A
A
A

PERMATANG PAUH - Ibu kota Kuala Lumpur masih selamat dan boleh dikunjungi pelancong.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, orang ramai tidak perlu bimbang dengan keselamatan dan struktur tanah di sekitar kawasan Kuala Lumpur.

Jelasnya, kajian teknikal di kawasan insiden tanah jerlus telah dilakukan malah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi fokus setiap masa pada lokasi yang perlu diperkukuh.

"Tak ada masalah, cuma kawasan yang dianggap perlu diperkukuh itu kita buat segera. DBKL dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa akan teliti setiap hari," katanya ketika ditemui pemberita di Masjid Kubang Semang di sini, pada Jumaat.

Anwar menikmati nasi kandar sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Kubang Semang, pada Jumaat.
Anwar menikmati nasi kandar sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Kubang Semang, pada Jumaat.

Beliau berkata demikian selepas ditanya mengenai kegusaran pelancong asing untuk datang ke Kuala Lumpur susulan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India.

Dalam insiden pada 23 Ogos lalu, sepasukan bomba telah dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 8.22 pagi melibatkan seorang wanita warga India, G Vijaya Lakshmi, 48, yang menjadi mangsa tanah jerlus.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang masuk hari kelapan masih menemui jalan buntu meskipun dengan komitmen yang padu daripada semua agensi yang terlibat.

Artikel Berkaitan:

Antara agensi terlibat ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), DBKL serta Indah Water Konsortium (IWK).

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!