Muat naik gambar wanita berpurdah terjun tiruk, polis cari Rayn Azzaro

Polis mengesahkan menerima laporan dan sedang menyiasat berhubung satu hantaran Facebook oleh pemilik akaun Ryan Azzaro yang didakwa mempersendakan pakaian yang menjadi syariat wanita Muslim.
Polis mengesahkan menerima laporan dan sedang menyiasat berhubung satu hantaran Facebook oleh pemilik akaun Ryan Azzaro yang didakwa mempersendakan pakaian yang menjadi syariat wanita Muslim.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - [DIKEMAS KINI] Polis mengesahkan menerima laporan dan sedang menyiasat berhubung satu hantaran Facebook oleh pemilik akaun Ryan Azzaro yang didakwa mempersendakan pakaian yang menjadi syariat wanita Muslim.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, laporan berhubung hantaran yang turut didakwa menyentuh isu raja, agama dan kaum (3R) itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu jam 3.35 petang pada Khamis.

Menurutnya, berdasarkan hantaran tersebut, pemilik akaun Facebook atas nama Ryan Azzaro dipercayai memuat naik imej dihasilkan menggunakan teknologi AI yang menunjukkan seorang wanita berpurdah sedang melakukan aksi melompat ke dalam kolam renang dengan kapsyen 'Welcome to Afganu'.

"Polis telah menerima laporan berhubung hantaran di laman sosial Facebook yang didakwa memperlekehkan simbol agama Islam dan dasar kerajaan Negeri Terengganu berkenaan pematuhan syariat khususnya berkaitan aurat dalam sukan.

"Sehubungan itu, permohonan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan segera dibuat bagi mendapatkan pemilik sebenar akaun Facebook tersebut.

"Kita juga akan segera memohon Perintah Untuk Menyiasat (OTI) bagi meneruskan siasatan terhadap kes tersebut," katanya kepada pemberita, di sini, pada Jumaat.

Azli
Azli

Jelas beliau, setakat ini pihak polis menerima satu laporan berhubung kes tersebut dan akan disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Artikel Berkaitan:

"Hantaran tersebut didakwa berbaur penghinaan terhadap agama islam dan secara langsung menjejaskan keharmonian masyarakat negara ini.

"Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya tidak menjadikan isu 3R sebagai satu sentimen politik, gurauan serta usikan,"tegas beliau.

Khamis lalu, Pemuda Pas Terengganu melalui Ketua Penerangannya, Muhammad Irsyad Syafiq Burhanuddin telah membuat laporan polis berhubung hantaran di media sosial Facebook yang tular sejak Rabu.

Hantaran tersebut memaparkan imej wanita mengenakan burqa iaitu pakaian yang menutup seluruh badan sedang membuat aksi terjunan.

Ia dipercayai mempunyai kaitan dengan kontroversi penyertaan dua penerjun wanita Muslim yang mewakili Terengganu pada acara Sukan Malaysia (Sukma) di Sarawak yang tidak mendapat kebenaran Kerajaan Negeri Terengganu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!