Penutupan jalan bukan halangan teruskan Malaysia #QuranHour

Mohd Ridzuan (duduk, tengah) bersama peserta Program Malaysia #QuranHour menunjukkan plakad program berkenaan selepas penganjurannya di Masjid Sultan Idris Shah II di sini pada Jumaat.
Mohd Ridzuan (duduk, tengah) bersama peserta Program Malaysia #QuranHour menunjukkan plakad program berkenaan selepas penganjurannya di Masjid Sultan Idris Shah II di sini pada Jumaat.
A
A
A

IPOH - Biarpun tidak sampai 20 orang peserta, ia bukan halangan untuk Program Malaysia #QuranHour dilaksanakan di Masjid Sultan Idris Shah II di sini, pada Jumaat.

Kekangan orang ramai untuk hadir ke program tersebut disebabkan beberapa jalan utama ke masjid berkenaan ditutup sempena raptai sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak, sekali gus menyukarkan orang ramai untuk mendapatkan parkir.

Bagaimanapun, program yang bermula jam 11 pagi itu tetap meriah dengan kehadiran kira-kira 18 orang jemaah lelaki dan wanita untuk turut serta membaca surah al-Jumu'ah.

Bacaan surah Al-Jumu'ah beserta terjemahan diperdengarkan bersama peserta sempena Program Malaysia #QuranHour di Masjid Sultan Idris Shah II di sini pada Jumaat.
Bacaan surah Al-Jumu'ah beserta terjemahan diperdengarkan bersama peserta sempena Program Malaysia #QuranHour di Masjid Sultan Idris Shah II di sini pada Jumaat.

Imam Utama Masjid Negeri Perak, Mohd Ridzuan Zaidin yang mengetuai bacaan surah berkenaan berkata, banyak pengajaran yang boleh diambil daripada maksud ayat di dalam surah al-Jumu'ah itu.

Jelasnya, ayat-ayat di dalam surah berkenaan memperingatkan umat Islam supaya menyeimbangkan di antara hal-hal dunia dengan beribadat demi akhirat.

"Pengajaran yang boleh diambil dari surah al-Jumu'ah ini ALLAH menyebut secara jelas seruan kepada orang beriman apabila diseru untuk Solat Jumaat, maka hendaklah bersegera mengingati ALLAH pergi ke tempat ibadat, tinggalkan lah urusan duniawi, termasuk jual beli.

"Hari Jumaat itu dicatatkan sebagai penghulu segala hari. Sebab itulah bertepatan dengan penganjuran Program Malaysia #QuranHour kita menghayati makna surah ini supaya orang Islam tidak lupa mengingati ALLAH dan bersegera melakukan ibadat," katanya kepada Sinar Harian selepas program berkenaan di Masjid Sultan Idris Shah II di sini.

Artikel Berkaitan:

Penganjuran Program Malaysia #QuranHour Peringkat Negeri Perak diadakan lebih awal pada 28 Ogos lalu manakala pada Jumaat merupakan kemuncak acara yang diadakan serentak di seluruh negara.

Lokasi perdana bagi Program Malaysia #QuranHour diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Program yang bertemakan 'Jiwa Merdeka: Memaknai Rukun Negara' itu mengambil panduan daripada surah al-Jumu'ah dan al-Hujurat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!