Merdekakan jiwa daripada hantaran jelik - Fahmi

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan Pengasas WUIF yang juga Penasihat Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub. ketika menghadiri ‘Malaysia #QuranHour' di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, pada Jumaat. Foto Bernama
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan Pengasas WUIF yang juga Penasihat Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub. ketika menghadiri ‘Malaysia #QuranHour' di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, pada Jumaat. Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Seluruh rakyat digesa untuk mengambil iktibar daripada dua surah al- Hujurat dan al- Jumu'ah dengan memerdekakan jiwa daripada menghasilkan kandungan dan komen jelik yang menyakiti orang lain.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, senario melabel, mengeluarkan kata jelik dan menyakitkan hati sering kali berlaku dengan mudah di media sosial.

"Seperti disentuh dalam tadabur tadi terutamanya di media sosial, bagaimana kita sering kali mudah untuk melabel, mengeluarkan kata-kata jelik dan menyakitkan hati.

"Apabila aduan dibuat, kita dapati ia merupakan akaun palsu yang menggunakan media sosial dengan niat jahat," katanya menerusi sidang akhbar selepas selesai program Malaysia #QuranHour di sini pada Jumaat.

Ujar beliau, setiap pandangan serta kritikan haruslah disampai dengan penuh adab dan tatatusila.

"Kita boleh menyampaikan pandangan tetapi inilah yang saya selalu tekankan di Parlimen, adab serta tatatusila perlu diamalkan," jelas Fahmi.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar ketika menghadiri ‘Malaysia #QuranHour' di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, pada Jumaat. Foto Bernama
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar ketika menghadiri ‘Malaysia #QuranHour' di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, pada Jumaat. Foto Bernama

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar dan Pengasas WUIF yang juga Penasihat Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub.

Artikel Berkaitan:

Penganjuran Malaysia #QuranHour bertemakan Jiwa Merdeka: Memaknai Rukun Negara mengambil panduan kedua surah terbabit dengan bermatlamat memperkukuh perpaduan dan keharmonian rakyat melalui penghayatan Rukun Negara, selari dengan nilai murni yang terkandung dalam al-Quran dan Sunnah.

Panduan surah al-Hujurat sangat relevan dengan cabaran nilai kita semua hadapi seperti etika komunikasi, pengesahan berita dan menjaga hubungan baik antara manusia.

Surah al- Jumu'ah pula memberikan solusi untuk membina ummah yang lebih kuat dan bersatu.

Acara dimulakan dengan Prolog Erti Kemerdekaan yang disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Mohamad Zarifi Mohamad Daud sebelum diakhiri dengan bacaan ikrar al-Quran oleh 1,500 peserta Malaysia #QuranHour di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Sementara itu, Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan sedia mempertimbang cadangan supaya penganjuran Malaysia #QuranHour dimasukkan ke dalam kalendar Bulan Kebangsaan setiap tahun.

"Insya-ALLAH kita usahakan bersama," katanya yang turut menyifatkan pengajuran Malaysia #QuranHour sebagai program tepat pada masanya sekali gus memberi manfaat kepada rakyat.

@sinarharianonline

Merdekakan jiwa daripada hantaran jelik - Fahmi #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Khas #QuranHour #FahmiFadzil #SurahAlJumuah #SurahAlHujurat

News - ComaStudio

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!