Tan Jie-Ee Wie cemerlang di Korea

Tang Jie (kanan) dan Ee Wei akan menentang beregu China dalam aksi separuh akhir Terbuka Korea Selatan di Seoul pada Sabtu. Foto Agensi.
Tang Jie (kanan) dan Ee Wei akan menentang beregu China dalam aksi separuh akhir Terbuka Korea Selatan di Seoul pada Sabtu. Foto Agensi.
A
A
A

MOMENTUM positif diperagakan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei apabila mara ke separuh akhir Terbuka Korea Selatan sebentar tadi.

Pasangan nombor sembilan dunia itu menumpaskan gandingan senegara berpengalaman, Goh Soon Huat- Shevon Lai menerusi aksi straight set dalam saingan suku akhir di Stadium Tertutup Mokpo, Seoul.

Tang Jie dan Ee Wei mempamerkan aksi bertenaga untuk mengecewakan pasangan suami isteri itu menerusi kemenangan 21-18, 21-11.

"Kemenangan ini amat bermakna kerana sebelum ini tewas dalam dua aksi berturut-turut," ujar Tang Jie.

Menerusi kemenangan tersebut, jurang rekod pertemuan antara Tang Jie-Ee Wei dan Soon Huat-Shevon kian rapat kepada 2-3 daripada lima pertemuan.

Dalam saingan separuh akhir pada Sabtu, Tang Jie-Ee Wei akan berdepan beregu China, Cheng Xing-Zhang Chi yang menewaskan pasangan Taiwan, Ye Hong Wei-Nicole Gonzales Chan 21-9, 21-19 dalam satu lagi aksi suku akhir.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!