'Mata ini menangis, hati bersedih' - Isteri Da'i Syed mohon doa

Isteri kepada pendakwah selebriti, Da'i Syed iaitu Hana Ismail memohon agar masyarakat mendoakan yang terbaik buat mereka sekeluarga.
Isteri kepada pendakwah selebriti, Da'i Syed iaitu Hana Ismail memohon agar masyarakat mendoakan yang terbaik buat mereka sekeluarga.
A
A
A

PENGACARA yang juga isteri kepada pendakwah selebriti, Da'i Syed iaitu Hana Ismail memohon agar masyarakat mendoakan yang terbaik buat mereka sekeluarga.

Menerusi Instagram miliknya, Hana sempat berkongsi luahan atas apa yang tersurat dan reda dengan apa yang berlaku.

Menerusi Instagram miliknya, Hana sempat berkongsi luahan atas apa yang tersurat dan reda dengan apa yang berlaku.
Menerusi Instagram miliknya, Hana sempat berkongsi luahan atas apa yang tersurat dan reda dengan apa yang berlaku.

"Mata ini menangis dan hati ini bersedih namun kami hanya akan menuturkan apa yang diredai Tuhan kami.' (Muhammad SAW)

"Alhamdulillah untuk segala nikmat yang telah diberikan buat keluarga kecil kami.

"Pada hari Jumaat yang penuh barakah ini, saya dengan rendah diri ingin memohon doa dan kebaikan daripada kalian," kongsinya.

Hana dan Syed Syah mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2022.
Hana dan Syed Syah mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2022.

Terdahulu, pendakwah yang dicungkil menerusi program realiti agama, Da'i Pendakwah Nusantara musim keempat, Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful dijatuhkan hukuman di Mahkamah Sesyen Shah Alam selepas Hakim Norazlin Othman mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pembelaan.

Artikel Berkaitan:

Pada 10 April 2023, Hakim Rihaida Rafie melepas dan membebaskan Syed Shah, 29, daripada tuduhan itu tanpa memanggilnya membela diri.

Pada 10 Disember 2020, Syed Shah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 23 tahun dalam bilik di sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di sini, jam 1.35 malam pada 11 September 2019.

Atas kesalahan tersebut, dia yang didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan, berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah Sesyen terdahulu melepaskan dan membebaskan Syed Shah Iqmal daripada pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya, di akhir kes pendakwaan.

Selain kes ini, Syed Syah turut didakwa atas dua pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul seorang penuntut sebuah kolej swasta, namun dilepaskan dan membebaskan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 31 Mei 2022 lalu, selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnye.

Sekadar info, Hana dan Syed Syah yang berbeza usia sembilan tahun mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2022. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan diberi nama Sharifah Fatma Nour Jamalullail pada 14 Ogos lalu.

Hana dilihat menitiskan air mata sebaik hakim menjatuhkan hukuman terhadap suaminya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!