Pengedar dadah ditahan bersama 510 pil kuda

Barangan suspek dan dadah yang dirampas.
Barangan suspek dan dadah yang dirampas.
A
A
A

PASIR PUTEH - Seorang lelaki dipercayai pengedar dadah ditahan bersama 510 pil kuda di sebuah rumah di Kampung Gong Pasir, di sini, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Zaizul Rizal Zakaria berkata, suspek berusia 32 tahun ditahan dalam serbuan oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh pada jam 7.30 malam.

Zaizul Rizal
Zaizul Rizal

“Hasil pemeriksaan pada tubuh suspek menjumpai 510 pil kuda dengan anggaran berat 51 gram.

“Nilai rampasan dadah tersebut dianggarkan berjumlah RM9,270,” katanya dalam kenyataan akhbar pada Jumaat.

Menurut beliau, ujian saringan awal air kencing dijalankan ke atas suspek dan didapati dia positif methamphetamine.

“Semakan juga mendapati suspek mempunyai rekod lampau berkait dadah mengikut Seksyen 39A(1), 12(2) dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Suspek direman selama tujuh hari bermula Jumaat hingga Khamis untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B ADB 1952,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!