Kakak Sudirman, ibu Atai meninggal dunia

Allahyarham Rudiah. Foto Bernama
Allahyarham Rudiah. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kakak penghibur legenda, Datuk Sudirman, iaitu Datin Rudiah @Rodziah Arshad, 81, meninggal dunia jam 12.08 tengah hari ini.

Berita sedih itu dimaklumkan oleh anak Allahyarham, Razman Azrai Zainudin atau mesra dengan panggilan Atai pada Jumaat.

Dalam kenyataannya, Atai turut meluahkan penghargaan buat keluarga dan sahabat handai yang melawat dan bertanya khabar ibunya sebelum ini.

"Atai ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah melawat mak, berdoa atau yang senantiasa mengingati mak dan yang menjadi sebahagian hidup mak Atai.

"Semoga rohnya berada dalam kalangan orang-orang yang beriman," katanya.

Allahyarham adalah anak kedua dari sembilan beradik, termasuk adik beradik tiri.

Rodziah antara insan paling rapat dengan Sudirman, menjaga Allahyarham semasa kecil malah turut mengambil tugas menjaga Allahyarham selepas jatuh sakit.

Julai lalu, Atai mengesahkan ibunya menghidap penyakit serius namun tidak berkongsi maklumat penyakit tersebut atas sebab privasi. - Awani

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!