Turkiye tahan lebih 100 anggota militan Daesh

Piha berkuasa Turkiye tahan lebih 100 anggota kumpulan militan yang menetap di negara itu. - Agensi
Piha berkuasa Turkiye tahan lebih 100 anggota kumpulan militan yang menetap di negara itu. - Agensi
A
A
A

ISTANBUL - Pihak berkuasa Turkiye menahan lebih 100 anggota disyaki militan Daesh pada minggu ini yang dianggap penahanan terbesar terbaharu yang mensasarkan pertubuhan pengganas.

Turkiye diancam beberapa serangan besar-besaran dipercayai angkara Daesh termasuk insiden tembakan di kelab malam pada 2017 yang mengorbankan puluhan orang.

Menteri Dalam Negeri, Ali Yerlikaya menyiarkan kenyataan di X berkata, serbuan tersebut dibuat di seluruh negara termasuk ibu negara Ankara dan Istanbul.

Tambahnya, penahanan seramai 119 orang dalam minggu ini termasuk 99 lagi yang dibuat pada awal bulan ini.

Sejak keruntuhan kumpulan Daesh pada tahun 2019, beberapa anggota kumpulan itu disyaki telah menetap di Turkiye.

Pihak berkuasa Turkiye berkata sejak Jun 2023 lebih 3,600 orang yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan militan itu telah berjaya ditangkap.

Menurut pihak berkuasa tempatan, dua daripada penyerang yang membunuh 145 orang di Dewan Bandaraya Crocus di Moscow Mac lalu, telah menghabiskan beberapa minggu di Turkiye sebelum menuju ke Rusia. - AFP

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!