Manfaatkan sambutan Hari Kebangsaan 2024 untuk tingkat perpaduan - PM

Anwar menyampaikan Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2024 sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-67 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Jumaat. Foto Bernama
Anwar menyampaikan Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2024 sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-67 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Jumaat. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu sambutan Hari Kebangsaan 2024 pada Sabtu, dimanfaatkan untuk mempertingkatkan lagi perpaduan dalam kalangan rakyat.

Beliau berkata, ini kerana kemerdekaan negara dicapai kerana kekuatan rakyatnya yang bersatu padu.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap di hadapan ribuan hadirin pada majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.

Amanat Perdana itu disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan selain menerusi Facebook rasmi Perdana Menteri. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!