Mohd Kamarudin bersara selepas 36 tahun tabur bakti untuk PDRM

Mohd Kamarudin melambaikan tangan ketika menaiki kenderaan khas pada Majlis Paluan Berundur Pengarah (JKDNKA) di Pulapol Kuala Lumpur, di sini, pada Jumaat.
Mohd Kamarudin melambaikan tangan ketika menaiki kenderaan khas pada Majlis Paluan Berundur Pengarah (JKDNKA) di Pulapol Kuala Lumpur, di sini, pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas menabur bakti selama 36 tahun, susulan persaraan wajibnya, pada Isnin.

Majlis Paluan Berundur di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur pada Jumaat dihadiri pegawai kanan dan isteri masing-masing adalah simbolik penghormatan terakhir buat Mohd Kamarudin yang hadir ditemani isterinya, Datin Seri Johariah Urib Mohd Ariffin.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir menyempurnakan majlis paluan berundur tersebut.

Majlis yang bermula pada 5 petang itu, diserikan dengan persembahan Pancaragam PDRM dengan Mohd Kamarudin diberi penghormatan memimpin persembahan, diikuti deklamasi sajak.

Mohd Kamarudin dilahirkan pada 2 September 1964, anak kelahiran Negeri Sembilan itu memulakan kerjayanya sebagai Kadet Penolong Penguasa Polis pada 5 Jun 1988 dengan menjalani latihan asas di Pulapol.

Sepanjang kerjayanya, beliau pernah menjawat beberapa jawatan penting dalam PDRM, antaranya Timbalan Ketua Siasatan Jenayah IPK Selangor, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, dan Timbalan Ketua Polis Johor.

Berbekalkan pengalaman luas dan kepimpinan yang tinggi, beliau dilantik menjadi Ketua Polis Johor pada 2019, sebelum menerajui Jabatan Siasatan Jenayah Komersil dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, seterusnya memegang jawatan terakhir sebagai Pengarah KDNKA Bukit Aman.

Hasil dari sifat kewibawaan dan kecemerlangan beliau mencapai beberapa kejayaan antaranya membongkar taktik sindiket penyeludupan mercun dengan menggunakan pengangkutan sah atau kargo yang memalsukan pengisytiharan sebagai barangan lain.

Artikel Berkaitan:

Kejayaan itu telah menunjukkan kredibiliti beliau sebagai pemimpin yang berkaliber walaupun masih baharu di dalam Jabatan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!