Pencarian mangsa tanah jerlus diteruskan waktu malam

Keadaan terkini lokasi kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Keadaan terkini lokasi kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Operasi pencarian mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India, di sini, pada hari kelapan diteruskan pada waktu malam.

Unit Media Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan dengan pencarian mangsa oleh Agensi Nuklear Malaysia menggunakan Ground Penetrating Radar (GPR).

"Pada masa yang sama, pihak Indah Water Konsortium (IWK) membuat kerja-kerja jetting (teknik tekanan air tinggi) dan 'rodding' bagi membersihkan halangan dalam saluran paip kumbahan.

"Keadaan di lokasi pencarian adalah terkawal," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Pencarian mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur diteruskan di lokasi sekitarnya.
Pencarian mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur diteruskan di lokasi sekitarnya.

Tambahnya, orang awam memberikan kerjasama yang baik dengan tidak memasuki kawasan yang telah dipasang tali keselamatan.

"SAR pada hari kelapan diteruskan dengan pencarian di sebelah malam," ujarnya.

Dalam kejadian pada 23 Ogos lalu, seorang wanita warga India, G Vijaya Lakshmi, 48, menjadi mangsa tanah jerlus ketika berjalan kaki melalui lokasi terbabit.

Artikel Berkaitan:

Sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur telah dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 8.22 malam.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!