Pemandu lori maut dalam nahas tujuh kenderaan di Pasir Gudang

Seorang pemandu lori maut dalam nahas membabitkan tujuh kenderaan di Kilometer (KM) 26 Lebuhraya Pasir Gudang, di Johor Bahru, pada Jumaat. Foto Facebook
Seorang pemandu lori maut dalam nahas membabitkan tujuh kenderaan di Kilometer (KM) 26 Lebuhraya Pasir Gudang, di Johor Bahru, pada Jumaat. Foto Facebook
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang pemandu lori maut dalam nahas membabitkan tujuh kenderaan di Kilometer (KM) 26 Lebuhraya Pasir Gudang, di sini, pada Jumaat.

Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak, kemalangan dipercayai berlaku sekitar jam 5.45 petang melibatkan tiga lori, satu kereta dan tiga motosikal.

Kejadian itu telah menyebabkan berlaku kesesakan di Lebuh Raya Pasir Gudang dari arah Bandar Pasir Gudang menghala ke Johor Bahru. Foto Facebook
Kejadian itu telah menyebabkan berlaku kesesakan di Lebuh Raya Pasir Gudang dari arah Bandar Pasir Gudang menghala ke Johor Bahru. Foto Facebook

"Kejadian itu telah menyebabkan berlaku kesesakan di Lebuh Raya Pasir Gudang dari arah Bandar Pasir Gudang menghala ke Johor Bahru.

"Sehubungan itu, pihak Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Seri Alam telah menjalankan siasatan di tempat kejadian," katanya.

Pada masa sama, beliau turut menasihati orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan lalu lintas serta menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!