Adik Ahmad Nawab meninggal dunia

Akbar Nawab
Akbar Nawab
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas anggota okestra Radio Televisyen Malaysia (RTM), Akbar Nawab Khan, 86, telah meninggal dunia pada jam 6 petang, Jumaat.

Berita kematian Allahyarham dimaklumkan menerusi laman sosial, Facebook milik Pianist DM.

Difahamkan, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Permata di Taman Sri Gombak, pada jam 9 pagi esok.

Allahyarham yang juga adik kepada tokoh legenda, Tan Sri Ahmad Nawab telah banyak mencipta lagu buat artis tempatan seperti Allahyarham Datuk Sharifah Aini, Najib Hanif, Razis Ismail dan ramai lagi.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!