Lelaki maut motosikal hilang kawalan di selekoh

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai hilang kawalan dan merempuh sebuah kenderaan dalam kejadian di Jalan Kuala Terengganu - Kota Bharu berhampiran Kampung Wakaf Bunut di Pasir Puteh pada Jumaat.
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai hilang kawalan dan merempuh sebuah kenderaan dalam kejadian di Jalan Kuala Terengganu - Kota Bharu berhampiran Kampung Wakaf Bunut di Pasir Puteh pada Jumaat.
A
A
A

PASIR PUTEH - Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya dipercayai hilang kawalan dan merempuh sebuah kenderaan dalam kejadian di Jalan Kuala Terengganu - Kota Bharu berhampiran Kampung Wakaf Bunut di sini pada Jumaat.

Kejadian jam 10 malam itu menyaksikan mangsa berusia 39 tahun maut di lokasi akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Zaizul Rizal Zakaria berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal dari arah Pasir Puteh menghala ke Kuala Terengganu.

"Setiba di lokasi kejadian, motosikal itu dipercayai hilang kawalan semasa memasuki selekoh.

"Motosikal berkenaan kemudian terbabas masuk ke laluan bertentangan dan melanggar sebuah kenderaan dipandu oleh seorang lelaki berumur 39 tahun," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurut beliau, pelanggaran itu menyebabkan mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala telah maut di lokasi.

Ujarnya, manakala pemandu kenderaan terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian tersebut diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi talian 016-5072413," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!