Tular aksi pelajar dibuli video lama
PASIR MAS - Tular aksi pelajar dibuli di sebuah sekolah menengah di sini adalah video lama yang berlaku pada tahun 2020 lalu.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, kes terbabit telah dituduh bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.
"Pelajar yang terlibat telah didenda RM500 dan bon berkelakuan baik," katanya pada Sabtu.
Sebelum itu pada Jumaat tular kembali video aksi pelajar dibuli yang dimuat naik di aplikasi X dan WhatsApp termasuk Facebook.
Video berdurasi 54 saat itu menyaksikan seorang pelajar lelaki sedang dipukul oleh rakannya manakala yang lain menyaksikan kejadian tersebut serta merakam aksi berkenaan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!