Ujian getir Slot berdepan Manchester United
PENGENDALI Liverpool, Arne Slot akan menghadapi ujian besar pertamanya apabila ditugaskan mengemudi pasukan menentang Manchester United pada Ahad.
Liverpool bermula cemerlang dalam dua perlawanan awal Liga Perdana Inggeris selepas meraih kemenangan selesa 2-0 di tempat lawan kepada Ipswich Town dan Brentford selepas era Jurgen Klopp.
Pengendali berusia 45 tahun itu pernah berdepan dengan pengendali United, Erik Ten Hag ketika Feyenoord menentang Ajax memahami kepentingannya jauh lebih besar apabila kedua-dua pasukan yang paling banyak sejarah bola sepak Inggeris bertemu.
"Sesetengah orang memberitahu saya beberapa perkara tentang perlawanan ini, tetapi apabila anda bekerja di Liverpool, semua orang tahu betapa pentingnya perlawanan menentang United
"Ia sama dengan betapa pentingnya Ajax menentang Feyenoord, tetapi saya tahu kepentingan Liverpool menentang United," katanya.
Bagaimanapun, rekod Slot menentang Ten Hag kurang baik di Eredivisie apabila Ten Hag memenangi tiga kejuaraan liga berturut-turut bersama Ajax.
Slot pula terpaksa menunggu trofi liga pertamanya sehingga selepas Ten Hag ke England untuk mengendalikan United.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!