Lintasan pesawat F/A-18D Hornet pukau 35,000 pengunjung di Kedah

Lintasan empat Pesawat F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Pangkalan Udara Butterworth berjaya memukau 35,000
Lintasan empat Pesawat F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Pangkalan Udara Butterworth berjaya memukau 35,000
A
A
A

ALOR SETAR - Lintasan Pesawat F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Pangkalan Udara Butterworth berjaya memukau 35,000 pengunjung yang memenuhi pekarangan Dataran Medan Bandar pada sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Kedah pada Sabtu.

Pertunjukan udara itu merupakan julung kali diadakan di Kedah pada sambutan Hari Kebangsaan.

Perarakan dari pasukan pancaragam SMK Sultanah Asma.
Perarakan dari pasukan pancaragam SMK Sultanah Asma.

Empat pesawat berkenaan dilaporkan baharu saja selesai melaksanakan pertunjukan udara di Dataran Istana Kehakiman Putrajaya sempena sambutan Hari Kebangsaan peringkat nasional.

Sementara itu, seramai 5,000 peserta daripada 142 kontinjen mewakili jabatan dan agensi kerajaan negeri, pihak Berkuasa Tempatan (PBT), badan berkanun, swasta, sekolah, institusi pengajian tinggi, pasukan beruniform dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyertai perbarisan dan perarakan.

Sepanjang sambutan berlangsung perarakan daripada aset badan beruniform menjadi tumpuan pengunjung.

Selain itu, seorang kanak-kanak berusia lima tahun yang berpakaian tentera darat turut menjadi tumpuan pengunjung.

Artikel Berkaitan:

Daris Danial Mohamad Nizam menjadi tumpuan pengunjung dengan uniform tenteranya.
Daris Danial Mohamad Nizam menjadi tumpuan pengunjung dengan uniform tenteranya.

Daris Danial Mohamad Nizam berkata, baju berkenaan ditempah oleh ibunya pada tahun lalu.

"Saya minat nak jadi tentera, sebab tu saya pakai baju (uniform) tentera mai sambut merdeka hari ini.

"Celoreng kat muka ni kawan ayah yang buat," katanya yang juga merupakan anak seorang tentera.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!