13 bayi merdeka lahir di HRPZII
KOTA BHARU - Seramai 13 orang bayi dilahirkan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-67 pada Sabtu.
Ia melibatkan kelahirkan lima bayi lelaki dan lapan perempuan dari jam 12 tengah malam sehingga jam 10 pagi tadi.
Pengarah HRPZII, Dr Izamin Idris berkata, pihaknya telah menerima bayi merdeka yangpertama pada jam 12.14 pagi.
"Bagi mengimarakkan lagi bulan merdeka, kami telah menganjurkan Program Sambutan BayiMerdeka 2024.
"Program ini merupakan acara tahunan hospital sebagai tanda kesyukuran terhadap kelahiran generasi baru yang bakal mewarisi kepemimpinan Malaysia pada masa hadapan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Menurut beliau, pihaknya juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Bank Rakyat Cawangan Kota Bharu yang turut sama berbesar hati dan bekerjasama dalam menjayakan program tersebut.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!