Jaga keamanan negara daripada sebarang fitnah - Aminuddin

Aminuddin (depan) mengetuai bacaan ikrar Rukun Negara ketika Sambutan Hari Kebangsaan 2024 Peringkat Negeri Sembilan
Aminuddin (depan) mengetuai bacaan ikrar Rukun Negara ketika Sambutan Hari Kebangsaan 2024 Peringkat Negeri Sembilan
A
A
A

SEREMBAN - Masyarakat perlu menjaga keamanan yang dikecapi negara selama 67 tahun merdeka daripada sebarang fitnah dan sangkaan buruk.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, tempoh 67 tahun itu amat bermakna bagi seluruh rakyat di negara ini dan penting untuk sama-sama menjaganya.

Aminuddin
Aminuddin

"Jadi kita berharap rakyat terus berusaha bersungguh-sungguh menjaga keamanan negara daripada fitnah dan sangkaan buruk yang berterusan.

"Rakyat harus terus bekerja untuk sama-sama membangunkan negara. Itu harapan kita semua," katanya ketika ditemui pemberita selepas hadir majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2024 peringkat Negeri Sembilan pada Sabtu.

Selain itu, beliau berkata, kemerdekaan yang dikecapi hari ini cukup bermakna apabila ia disambut dalam keadaan ekonomi negara yang semakin baik, ringgit terus mengukuh dan Bursa Malaysia yang menunjukkan peningkatan.

Menurutnya, ia satu pencapaian yang membanggakan dan beliau yakin ia akan berterusan yang akhirnya rakyat mendapat manfaat.

"Syukur kemerdekaan ke-67 dapat diraikan dalam suasana cukup meriah dan kita kagum melihat kehadiran rakyat yang turut sama meraikan kemerdekaan ini.

Artikel Berkaitan:

"Semangat patriotik yang disemai ini harap berterusan sampai bila-bila dan saya lihat mereka yang datang bukan untuk melihat tapi mahu meraikan erti kemerdekaan itu sendiri," katanya.

Justeru itu, beliau berharap setiap individu dapat mempertahankan kemerdekaan dengan mengisinya penuh semangat dan iltizam bagi memastikan negara terus berjaya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!