Tak sangka anak sulung lahir hari merdeka

Kakitangan HTAR bergambar bersama bayi merdeka.
Kakitangan HTAR bergambar bersama bayi merdeka.
A
A
A

KLANG - Kegembiraan berganda buat sepasang suami isteri apabila menyambut kelahiran anak sulung mereka pada malam merdeka.

Ainur Rahmah Ruslan, 26, berkata, bayi perempuannya, Aura Medina Muhammad Asrul seberat tiga kilogram selamat dilahirkan secara pembedahan jam 2.30 pagi, Sabtu.

Peniaga itu memaklumkan, dia dijadual bersalin minggu depan, namun bayinya lahir awal selepas empat hari ditahan di wad Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).

Ainul Rahmah bersama anak sulung yang lahir pada hari merdeka.
Ainul Rahmah bersama anak sulung yang lahir pada hari merdeka.

"Saya datang hospital pada Rabu untuk pemeriksan kandungan, namun terpaksa ditahan untuk pemantauan kesihatan selepas doktor dapati bayi dalam kandungan kurang bergerak dan tidak aktif.

"Masa itu, ada terfikir kemungkinan bayi akan lahir awal, namun tidak sangka bersalin pada 31 Ogos, tarikh merdeka," katanya pada program menyambut bayi merdeka HTAR pada Sabtu.

Majlis disempurnakan oleh Exco Alam Sekitar dan Kesihatan Selangor, Jamaliah Jamaluddin.

Setakat jam 11 pagi, seramai lima bayi merdeka dilahirkan.

Artikel Berkaitan:

Ainul Rahmah yang mendirikan rumah tangga bersama pasangan pada Disember lalu bersyukur anaknya dilahirkan dengan selamat serta sihat.

"Mula-mula risau doktor beritahu tentang keadaan kandungan selain saya juga ada masalah kesihatan kencing manis namun bersyukur anak dilahirkan selamat.

"Insya-ALLAH jika tiada sebarang masalah, mungkin akan keluar hospital dalam beberapa hari lagi," katanya.

Adibah Aqilah bersama anaknya yang lahir pada hari merdeka.
Adibah Aqilah bersama anaknya yang lahir pada hari merdeka.

Seorang lagi ibu muda, Adibah Aqilah Shafee, 25, berkata, kelahiran anak sulung, Alma Luthfia Luqman Al Hakim berjalan lancar dan mengikut jangkaan tarikh ditetapkan.

"Jangkaan lahir memang 31 Ogos dan saya masuk hospital jam 7 petang Jumaat sebelum bayi selamat dilahirkan jam 2 pagi Sabtu secara normal.

"Tarikh lahir dia istimewa sebab hari merdeka jadi senang untuk diingati dan saya berharap dia membesar dengan sihat dan berjaya dunia akhirat," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!