Tanah jerlus: Pasukan SAR korek dua meter di lurang kumbahan

Kerja-kerja operasi pencarian di lokasi lubang mendapan berikutan kejadian tanah jerlus yang membabitkan seorang mangsa wanita warganegara India. Foto Bernama
Kerja-kerja operasi pencarian di lokasi lubang mendapan berikutan kejadian tanah jerlus yang membabitkan seorang mangsa wanita warganegara India. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Korekan sedalam dua meter berskala kecil telah dibuat di lurang kumbahan Jalan Masjid India, di sini, pada Jumaat.

Unit Media Jabatan Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, korekan kira-kira satu hingga dua meter dibuat setelah Ground Penetrating Radar (GPR) mengesan kemungkinan terdapat objek (anomaly) berada satu meter bawah tanah di lokasi terbabit.

"Aktiviti korekan dijalankan secara manual 'shoring' oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR), namun penemuan adalah negatif.

"Kerja-kerja korekan manual dihentikan sekitar jam 10.15 malam tadi (Jumaat)," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Dalam kejadian tanah jerlus pada 23 Ogos lalu, mangsa melibatkan seorang wanita warga India, G Vijaya Lakshmi, 48.

Sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur telah dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 8.22 pagi.

Antara agensi terlibat SAR mangsa ini ialah JBPM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Indah Water Konsortium (IWK), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta Jabatan Mineral dan Geosains (JMG).

Sehingga Sabtu, usaha pencarian mangsa telah memasuki hari kesembilan.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!