Penjenayah mati ditembak polis aktif sejak lima tahun lepas

Seorang penjenayah mati ditembak dalam kejadian di Jalan Bandar Bukit Beruntung, Rawang pada Jumaat.
Seorang penjenayah mati ditembak dalam kejadian di Jalan Bandar Bukit Beruntung, Rawang pada Jumaat.
A
A
A

RAWANG - Seorang penjenayah yang mati selepas berbalas tembakan dengan polis di Jalan Bandar Bukit Beruntung, di sini, pada Jumaat, aktif dalam kegiatan jenayah sejak lima tahun lepas.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek terbabit aktif dalam kes samun, samun dengan senjata api, curi dan dadah.

Hussein
Hussein

"Siasatan polis mendapati suspek aktif dalam jenayah ini di Kedah sejak lima tahun lepas.

"Kes dalam siasatan dan usaha mengesan rangkaian suspek giat dilakukan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Tambah Hussein, kejadian berbalas tembakan berlaku pada jam 9.33 malam apabila suspek enggan berhenti dan telah melepaskan tembakan ke arah pihak polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Katanya, pihak polis kemudian telah membalas beberapa tembakan dan suspek disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Suspek adalah lelaki tempatan berusia 36 tahun dan mempunyai 16 rekod kes jenayah dan dadah,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960.

Tambahnya, orang awam yang mempunyai sebarang maklumat lain berhubung kejadian ini diminta tampil ke balai polis atau berhubung Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!