Berbaloi seminggu bermandi peluh hasilkan replika ikonik negara

Masniza (dua dari kanan)berkongsi kemenangan bersama ahli keluarga apabila sama sekali tidak menyangka replika yang dihasilkan itu berjaya memikat hati juri sekali gus dipilih sebagai pemenang utama.
Masniza (dua dari kanan)berkongsi kemenangan bersama ahli keluarga apabila sama sekali tidak menyangka replika yang dihasilkan itu berjaya memikat hati juri sekali gus dipilih sebagai pemenang utama.
A
A
A

GUA MUSANG - Seorang suri rumah dari Kampung Batu Papan di sini bermandi peluh selama seminggu bagi menyiapkan replika ikonik negara menggunakan barangan terbuang bagi menyertai pertandingan di bawah program rintis sempena bulan kemerdekaan.

Menariknya, kerja keras Masniza Mohd Razali menggunakan kertas, tin dan kotak yang turut dibantu oleh anak serta suami berbaloi apabila dinobatkan sebagai juara program rintis sempena Bulan Kemerdekaan Negara kali ke-67.

Menurutnya, dia sama sekali tidak menyangka replika yang dihasilkan itu berjaya memikat hati juri sekali gus dipilih sebagai pemenang utama.

Seorang suri rumah dari Kampung Batu Papan di Gua Musang bermandi peluh selama seminggu bagi menyiapkan replika ikonik negara menggunakan barangan terbuang bagi menyertai pertandingan di bawah program rintis sempena bulan kemerdekaan.

“Mulanya saya enggan menyertai pertandingan ini, namun mengubah fikiran selepas anak-anak, suami dan menantu memberikan dorongan.

"Saya ambil masa selama seminggu untuk menyiapkan semua replika seperti menara, kereta kebal dan info berkait dengan kemerdekaan negara," katanya kepada pemberita pada Sabtu.

Masniza memberitahu, kesungguhan yang ditunjukkan oleh anak-anak menjadi tunjang kekuatan untuk menyiapkan semua replika tersebut.

Masniza menggunakan kertas, tin dan kotak untuk menghasilkan replika serta hiasan sempena bulan kemerdekaan negara kali ke-67.
Masniza menggunakan kertas, tin dan kotak untuk menghasilkan replika serta hiasan sempena bulan kemerdekaan negara kali ke-67.

Artikel Berkaitan:

Katanya, penyerataan itu bukan untuk mencari kemenangan tetapi menzahirkan perasaan cinta pada negara.

Suri rumah itu berterima kasih kepada anak-anak, suami dan menantu yang memberikan sokongan padu dalam menjayakan misi tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Mukim Batu Papan, Mohd Iskandar Abu Bakar berkata, meskipun program ini baru pertama kali diadakan namun sambutan yang diterima dalam kalangan penduduk amat membanggakan.

“Tujuan program ini diadakan adalah melahirkan rasa cinta kepada negara.

"Melalui pertandingan ini pelbagai bakat yang ditonjolkan oleh penduduk dan suasana kampung juga meriah bertemakan merdeka," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!