Proton, e.MAS 7 buat kemunculan pada perarakan Hari Kebangsaan 2024

Kenderaan elektrik keluaran Proton e-MAS 7 membuat kemunculan pertama ketika acara perarakan dan perbarisan pada sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 bertemakan "Malaysia Madani: Jiwa Merdeka” di Dataran Putrajaya, pada Sabtu. Foto Bernama
Kenderaan elektrik keluaran Proton e-MAS 7 membuat kemunculan pertama ketika acara perarakan dan perbarisan pada sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 bertemakan "Malaysia Madani: Jiwa Merdeka” di Dataran Putrajaya, pada Sabtu. Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kereta elektrik pertama Proton, e.MAS 7 membuat kemunculan pada perarakan Sambutan Hari Kebangsaan hari ini bersama-sama model lain pengeluar kereta nasional itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom Sdn Bhd, Mahmood Razak Bahman yang mewakili kontinjen Proton menyifatkan e.MAS 7 sebagai pencapaian penting Proton.

"Ini penampilan pertama e.MAS 7 kepada umum yang akan dikeluarkan menjelang akhir tahun ini,” katanya kepada Bernama.

Proton mempamerkan model daripada Proton Saga yang dilancarkan pada 1985 kepada Wira, Putra, Tiara, Savvy dan Siri X pada perarakan itu.

Berdasarkan Global Modular Architecture (GMA), Proton e.MAS 7 menampilkan sistem pemacu elektrik 12-dalam-1 dan bateri litium besi fosfat (LFP) yang menggunakan sel bateri Aegis Short Blade.

Ia juga dilengkapi sistem audio Flyme Auto yang dikuasakan oleh cip 7 nm.

Mahmood yang juga bekas Ketua Komunikasi Strategik Kumpulan DRB-HICOM Berhad berkata, penyertaan DRB-Hicom pada acara itu bersama barisan kenderaannya dapat menonjolkan kejayaan sektor industri negara.

"Saya sangat teruja kerana sejak kecil saya menonton perarakan Hari Kebangsaan dan mengimpikan untuk menjadi sebahagian daripadanya.

Artikel Berkaitan:

"Sekarang, setelah menjadi sebahagian daripada dunia korporat, saya akhirnya dapat menyertai perarakan dan mempamerkan kenderaan saya sendiri,” katanya yang memandu Proton Putra miliknya. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!