Guna geran projek dengan sebaiknya

Mohd Isam (tengah), Suhaimizan (depan, dua dari kiri) dan Hamzah (depan kiri) bergambar bersama penduduk selepas Majlis Perasmian Projek Sejati Madani JPKK Kampung Gemencheh Lama, di sini, hari ini.
Mohd Isam (tengah), Suhaimizan (depan, dua dari kiri) dan Hamzah (depan kiri) bergambar bersama penduduk selepas Majlis Perasmian Projek Sejati Madani JPKK Kampung Gemencheh Lama, di sini, hari ini.
A
A
A


GEMENCHEH – Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) diingatkan agar memanfaatkan projek Sejati Madani untuk kebaikan komuniti dan masyarakat sekitar.

Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa, turut menyarankan peruntukan sebanyak RM100,000 yang diberikan kepada JPKK yang layak dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.

“Di bawah DUN Gemencheh, terdapat tiga kampung yang layak menerima geran projek bernilai RM100,000 iaitu Kampung Gemencheh Lama, Kampung Tengah dan Kampung Sungai Jerneh.

“JPKK perlu uruskan dana ini dengan betul agar dapat menjana pendapatan JPKK itu sendiri. Melalui pendapatan itu nanti akan dapat buat program, aktiviti masyarakat dan bantu penduduk. Itu la tujuan kerajaan perpaduan hari ini untuk bantu masyarakat melalui JPKK,”katanya pada Majlis Perasmian Projek Sejati Madani JPKK Kampung Gemencheh Lama, di sini, hari ini.

Mohd Isam menandatangani plak sebagai simbolik Majlis Perasmian Projek Sejati Madani JPKK Kampung Gemencheh Lama, di sini, hari ini.
Mohd Isam menandatangani plak sebagai simbolik Majlis Perasmian Projek Sejati Madani JPKK Kampung Gemencheh Lama, di sini, hari ini.



Menurutnya, geran projek dibawah peruntukan Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu diharap memberi impak besar kepada penduduk kampung.

“Saya berharap hasil projek ini besar sepertimana nilainya yang besar. Ini adalah tanggungjawab yang cukup besar untuk dipikul secara bersama.

“Jadi, pihak JPKK kena berubah cara, berubah kaedah untuk menjana pendapatan kampung itu sendiri,”katanya.

Artikel Berkaitan:


Hadir sama pada majlis itu, Adun Gemencheh, Suhaimizan Bizar dan Pengerusi JPKK Kampung Gemencheh Lama, Hamzah Nayan.

Mohd Isam (tengah) bergambar bersama penduduk Kampung Gemencheh Lama pada Majlis Perasmian Projek Sejati Madani JPKK Kampung Gemencheh Lama, di sini, hari ini.
Mohd Isam (tengah) bergambar bersama penduduk Kampung Gemencheh Lama pada Majlis Perasmian Projek Sejati Madani JPKK Kampung Gemencheh Lama, di sini, hari ini.



Sementara itu, Hamzah berkata, pihaknya gembira apabila projek sewa khemah yang diusulkan pada Julai lalu mendapat kelulusan segera Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan JPM.

“Kami usulkan projek ini pada 3 Julai lalu dan tidak sangka dua hari kemudian projek ini diluluskan dan layak menerima geran sebanyak RM100,000.

“Kampung Gemencheh Lama merupakan kampung pertama di DUN Gemencheh menerima geran ini dan projek berjalan lancar apabila barang-barang keperluan khemah dan kabin dapat disiapkan lebih awal dari perancangan,”katanya.

Menurutnya, projek sewa khemah itu menyediakan dan membekalkan sewaan khemah pada harga berpatutan sekaligus menjana pendapatan tambahan kampung.

“Melalui projek ini, ia menyediakan peluang pekerjaan kepada anak muda di kampung dan dapat mengurangkan bebanan sewa dewan yang lebih mahal,”katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!