Tandas bersih landskap hijau, GCE Elmina menang Toyta 2023

Kemudahan tandas di GCE Elmina berkonsep hijau dan bersih memberikan keselesaan kepada pengguna untuk menggunakan kemudahan itu.
Kemudahan tandas di GCE Elmina berkonsep hijau dan bersih memberikan keselesaan kepada pengguna untuk menggunakan kemudahan itu.
A
A
A

SHAH ALAM - Reka bentuk moden serta dihiasi landskap hijau melayakkan Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) Elmina arah selatan dinobat pemenang utama Anugerah Toilet of The Year (Toyta) 2023 kategori Konsesi Lebuhraya bagi kawasan Rehat dan Rawat (R&R).

Tinjauan Sinar Harian mendapati, kemudahan asas di tandas R&R tersebut serba lengkap, bersih serta selesa.

Direka bentuk konsep terbuka juga memberi kelebihan kepada sistem pengudaraan menghindar tandas berbau busuk dan hancing.

Keadaan itu diakui sendiri oleh pengguna R&R tersebut yang menggunakan tandas, solat serta menjamu selera.

Amalina
Amalina

Seorang jurutera, Amalina Mohamed, 32, berkata, dia berpuas hati dan selesa dengan kemudahan disediakan.

Menurutnya, tandas R&R tersebut lebih bersih jika dibandingkan tandas awam lain terutama di kawasan R&R.

"Setiap kali datang guna kemudahan tandas di sini, keadaan sentiasa bersih. Pekerja pembersihan sentiasa ada memantau tahap kebersihan tandas.

Artikel Berkaitan:

"Secara keseluruhan semuanya memuaskan dan boleh dijadikan contoh untuk kawasan-kawasan lain.

"Cuma saya harap kemudahan bilik bayi diperbanyakkan lagi kerana setiap kali datang ke sini, bilik bayi sentiasa penuh, jadi kemudahan perlu ditambahkan lagi kerana ramai pengguna," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Nazly
Nazly

Seorang lagi pengguna ditemui, Nazly Zainal Abidin, 43, berkata, langkah konsesi lebuh raya berkenaan mengeluarkan peruntukan untuk membuat ubah suai landskap berkonsep taman di R&R itu harus diberikan pujian.

Ujarnya, keadaan tandas tersebut berubah wajah selepas kerja ubah suai dilaksanakan sekitar dua tahun lalu.

"Dulu kemudahan tandas di sini sama seperti R&R lain, tapi selepas dinaik taraf nampak banyak perubahan selain pembersihan berjadual serta fasiliti serba lengkap membezakan tandas di sini dengan kawasan lain.

"Kemudahan tandas di R&R lain pun memuaskan cuma kalau boleh konsep seperti di GCE Elmina jika di perluaskan ke kawasan lain lagi baik," katanya.

Najibah
Najibah

Seorang pelajar institusi pengajian tinggi, Najibah Asri, 21, turut mengakui kemudahan tandas yang disediakan di R&R tersebut bersih dan selesa serta tidak panas kerana berkonsep ruang terbuka.

"Landskap nampak berbeza jika dibandingkan R&R lain, pemasangan cermin pada tempat cuci tangan pun nampak moden dan urban sesuai dengan lokasi terletak di bandar.

"Jika kita lihat, kebanyakan tandas di R&R keadaannya bersih tetapi berbau jadi aspek kerja pembersihan tersebut mungkin boleh ditingkatkan lagi ke arah penarafan berstatus lima bintang," katanya.

Mohd Zulkifli
Mohd Zulkifli

Sementara itu seorang pekerja swasta, Mohd Zulkifli Che Khalid, 41, mencadangkan kerajaan mewajibkan konsesi lebuh raya menaik taraf kemudahan tandas termasuk landskap setiap lima tahun sekali bagi memberikan lebih keselesaan kepada pengguna.

"Boleh contohi GCE Elmina yang keluar peruntukan untuk mencantikkan landskap dan mesra pengguna tandas di R&R mereka.

Hiasan dalam tandas berkonsep moden.
Hiasan dalam tandas berkonsep moden.

"Setiap konsesi lebuh raya mengaut keuntungan daripada hasil kutipan tol, wajar jika syarikat melabur peruntukan untuk keselesaan pengguna.

"Ada kemudahan tandas di R&R berbau dan tidak sepatutnya aspek kebersihan menjadi isu, syarikat sepatutnya menambah petugas bagi tujuan itu kerana mereka mampu," katanya.

Kemudahan tandas di GCE Elmina bersih dan teratur.
Kemudahan tandas di GCE Elmina bersih dan teratur.

Tanaman hijau yang menghiasi tandas di kawasan R&R GCE Elmina.
Tanaman hijau yang menghiasi tandas di kawasan R&R GCE Elmina.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!