‘Tahniah Chong Wei bawa mesej yang baik’ - Cikgu Fadli

Cikgu Fadli. Gambar kanan: Hantaran Cikgu Fadli di Facebook pada Sabtu.
Cikgu Fadli. Gambar kanan: Hantaran Cikgu Fadli di Facebook pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Perkongsian lagenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei yang sering menggunakan bahasa kebangsaan di setiap hantaran media sosial memberi mesej baik buat rakyat di negara ini.

Bekas guru, Mohd Fadli Mohamed Salleh berkata, selain platform tersebut, Chong Wei juga selesa menjawab setiap pertanyaan dalam bahasa Melayu ketika temubual bagi memastikan orang ramai dapat memahami apa yang beliau sampaikan.

Ujar Mohd Fadli, tindakan sama turut menjadi ikutan pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia apabila beliau kekal menggunakan bahasa kebangsaan untuk setiap temubual bersama media.

“Namun tidak bermakna beliau (Chong Wei) meninggalkan terus bahasa Mandarin, ada diselit sepatah dua perkataan dalam bahasa tersebut, kadangkala Inggeris.

“Yang pasti, lebih banyak hantaran dalam bahasa kebangsaan. Semua rakyat boleh baca dan faham elok.

“Tahniah Chong Wei bawa mesej yang baik buat semua rakyat Malaysia,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Sabtu.

Pada Sabtu, Chong Wei memuat naik satu hantaran di Facebook berkaitan pentingnya kekuatan perpaduan kepada semangat Malaysia sempena meraikan sambutan Hari Kebangsaan ke-67.

Menerusi hantaran sama, beliau turut berkongsi kisah masyarakat yang hidup aman damai tanpa mengira latar belakang kaum pada zaman kanak-kanaknya.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, Mohd Fadli yang juga terkenal sebagai seorang aktivis masyarakat tular kerana lantang menyuarakan isu membabitkan sistem pendidikan negara.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!