Petrosains tawar aktiviti seni, budaya kepada pengunjung antarabangsa

Pengunjung teruja menyaksikan persembahan kebudayaan dan berpeluang melakukan pelbagai aktiviti.
Pengunjung teruja menyaksikan persembahan kebudayaan dan berpeluang melakukan pelbagai aktiviti.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Petrosains Sdn Bhd menawarkan pelbagai aktiviti kesenian dan kebudayaan kepada pengunjung tempatan serta antarabangsa sempena ulang tahun ke-25 Menara Berkembar Petronas (KLCC).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ezarisma Azni Mohamad berkata, antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah menghasilkan buku nota daripada fabrik songket, menganyam tikar mengkuang, mencanting dan mewarna batik, lukisan mangkuk tingkat serta persembahan tradisional di tingkat 83.

Zubaidah (kiri) bersama Ezarisma Azni (kanan).
Zubaidah (kiri) bersama Ezarisma Azni (kanan).

Menurutnya, pengunjung yang melawat mercu tanda itu berpeluang menikmati pemandangan bandar Kuala Lumpur dari jejantas udara di tingkat 41 dan dek pemerhatian tingkat 86.

“Menara KLCC merupakan simbol kebangaan Malaysia selain menawarkan pengalaman unik kepada pengunjung bagi mendalami dan menghayati kekayaan warisan negara Malaysia.

“Sambutan tiga hari ini bermula dari 30 Ogos sehingga 1 September 2024 ini menandakan ulang tahun kami ke-25 sejak bangunan ikonik ini pertama kali dibuka pada 1999,” katanya dalam Aktiviti Lawatan KLCC pada Sabtu.

Persembahan kebudayaan yang diadakan di tingkat 83 sempena ulang tahun Menara Berkembar Petronas yang ke-25.
Persembahan kebudayaan yang diadakan di tingkat 83 sempena ulang tahun Menara Berkembar Petronas yang ke-25.

Turut hadir Ketua Pengarah Istana Budaya, Zubaidah Mukhtar.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, menurut Ezarisma Azni, mereka turut menampilkan pameran foto mini hasil karya jurugambar anak tempatan iaitu Siva Kumar, Aereon Wong, dan Amri Ginang.

Tambah beliau, pengunjung juga berpeluang bergambar bersama seni anamorfik yang dihasilkan daripada bahan kitar semula bagi mempromosikan aspek kemampanan dan kelestarian.

“Pameran ini menyerlahkan keindahan seni bina menara ini dan keindahan bandar Kuala Lumpur.

“Sempena ulang tahun yang ke-25 ini juga kami turut menampilkan karya kreatif dan unik anak tempatan,” ujarnya.

Pengunjung berpeluang melakukan aktiviti mewarna batik sempena tiga hari istimewa ulang tahun Menara Berkembar Petronas yang ke-25.
Pengunjung berpeluang melakukan aktiviti mewarna batik sempena tiga hari istimewa ulang tahun Menara Berkembar Petronas yang ke-25.

Dalam pada itu, Ezarisma Azni berkata, setakat Jun 2024, seramai 7.5 juta pengunjung dari seluruh dunia telah mengadakan lawatan untuk melihat mercu tanda tersebut.

Menurutnya, sambutan ulang tahun itu menandakan detik penting bagi kami tetapi juga mencerminkan komitmen kami yang berkekalan untuk berkongsi kebanggaan dan keunikan Malaysia dengan seluruh dunia.

“Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas sokongan yang diberikan oleh semua pengunjung dari seantero dunia," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!