Remaja 15 tahun lemas mandi sungai

Mangsa dibawa naik ke darat oleh orang awam sebelum bomba tiba. Foto JBPM Perak
Mangsa dibawa naik ke darat oleh orang awam sebelum bomba tiba. Foto JBPM Perak
A
A
A

TAIPING - Seorang remaja lelaki lemas ketika mandi bersama rakan di Sungai Pecah Batu, Trong di sini pada Sabtu.

Mangsa, Muhammad Aqif Mikhail Ali Arafat, 15, disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi kejadian.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, panggilan kejadian itu diterima pada jam 5.25 petang.

Menurutnya, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Trong digerakkan ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat.

"Anggota yang tiba mendapati mangsa telah dibawa naik ke darat oleh orang awam sebelum bomba tiba.

"Tindakan awal ketua operasi memberi bantuan asas hayat (BLS) dan bantuan pernafasan (CPR) kepada mangsa, namun tiada tindak balas," katanya dalam kenyataan di sini.

Anggota bomba memberi bantuan awal, bantuan asas hayat (BLS) dan bantuan pernafasan (CPR) kepada mangsa, namun tiada tindak balas. Foto JBPM Perak
Anggota bomba memberi bantuan awal, bantuan asas hayat (BLS) dan bantuan pernafasan (CPR) kepada mangsa, namun tiada tindak balas. Foto JBPM Perak

Beliau berkata, mangsa diserahkan kepada pihak KKM yang kemudiannya mengesahkan mangsa telah meninggal di lokasi kejadian

Artikel Berkaitan:

Katanya, berdasarkan maklumat diperolehi, kejadian berlaku ketika mangsa melakukan aktiviti mandi di sungai berkenaan bersama rakan.

"Operasi tamat sepenuhnya pada jam 6.40 petang," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!