Pesara wanita rugi RM1.98 juta dijerat sindiket love scam

Seorang pesara wanita rugi RM1.98 juta selepas dijerat sindiket love scam melibatkan penerimaan parcel. Gambar hiasan (Gambar kecil: Hussein)
Seorang pesara wanita rugi RM1.98 juta selepas dijerat sindiket love scam melibatkan penerimaan parcel. Gambar hiasan (Gambar kecil: Hussein)
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang pesara wanita rugi RM1.98 juta selepas dijerat sindiket love scam melibatkan penerimaan parcel.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu pada jam 4.10 petang Jumaat.

"Mangsa berusia 64 tahun merupakan wanita tempatan telah berkenalan dengan suspek di media sosial.

"Pesara swasta itu telah diminta untuk menebus parcel sebelum diarah perlu memasukkan wang ke 12 akaun tidak dikenali," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Katanya, orang ramai diingatkan jangan mudah terpedaya dengan modus operandi sindiket love scam.

"Jangan layan atau mudah percaya individu tidak dikenali di media sosial. Semak sebelum membuat sebarang transaksi kewangan serta sahkan nombor telefon serta akaun di https://semakmule.rmp.gov.my," ujarnya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!