YBR sumbang bakul makanan kepada 600 keluarga

Faizah (lima dari kiri) memegang replika sumbangan bantuan bakul makanan bersama Ketua Bahagian Operasi YBR, Mukhti Abd Rahman (enam dari kiri) semasa Majlis Penyampaian Ihsan Madani, pada Sabtu.
Faizah (lima dari kiri) memegang replika sumbangan bantuan bakul makanan bersama Ketua Bahagian Operasi YBR, Mukhti Abd Rahman (enam dari kiri) semasa Majlis Penyampaian Ihsan Madani, pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Yayasan Bank Rakyat (YBR) mengagihkan sumbangan bakul makanan kepada 600 keluarga isi rumah B40 di sekitar Kuala Langat, Selangor pada Sabtu.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR, Datin Faizah Ariffin berkata, pemberian itu melibatkan keluarga B40, fakir miskin dan ibu tunggal dengan peruntukan bantuan sebanyak RM90,000.

Ujar beliau, daripada peruntukan tersebut, bantuan tunai sebanyak RM150 diberikan kepada setiap penerima.

Faizah (empat dari kiri) bersama penerima sumbangan bantuan bakul makanan.
Faizah (empat dari kiri) bersama penerima sumbangan bantuan bakul makanan.

“YBR prihatin dengan kekangan yang dihadapi mereka yang kurang bernasib baik disebabkan kos sara hidup yang semakin meningkat.

"YBR amat bersimpati dengan kesulitan yang dihadapi oleh mereka yang terjejas ini dan berharap bantuan bakul makanan ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan yang ditanggung,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Menurut Faizah, YBR telah memperuntukkan hampir RM600,000 pada tahun ini bagi pemberian sumbangan kepada mereka yang memerlukan terutamanya dari kalangan B40.

“Kami di YBR sentiasa cakna dalam membantu masyarakat dalam meningkatkan kesejahteraan sosio-ekonomi melalui pembangunan pendidikan, pemerkasaan masyarakat serta bantuan penjagaan kesihatan,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!