Manchester United dalam proses peralihan
ERIK ten Hag mendakwa bahawa Arne Slot menyahut cabaran lebih mudah di Liverpool berbanding dihadapinya di Manchester United dua tahun lalu.
Kedua-dua pengendali kelahiran Belanda itu seteru sejak di Liga Belanda, buat pertama kali akan berentap dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Old Trafford pada Ahad.
“Liverpool berada dalam fasa kitaran hayat yang berbeza. Mereka mempunyai pasukan yang matang, pemain yang telah lama bermain bersama dan sangat berpengalaman.
“Saya percaya perkongsian, hubungan dalam pasukan itu sangat kuat dan itulah yang diwarisinya. Itu telah dibina sejak beberapa tahun lalu.
“Sebaliknya kami mempunyai lebih banyak campuran dan dalam usaha membina pasukan baharu,” kata ten Hag yang percaya Slot mewarisi pasukan yang lebih baik daripada Jurgen Klopp.
Slot, bekas bos Feyenoord mengemudikan The Reds menewaskan The Red Devils, saingan lamanya dari Ajax, ten Hag 3-0 dalam Siri Jelajah Pramusim di Amerika Syarikat bulan lalu.
Ten Hag sebelum ini mendakwa mewarisi 'budaya tidak baik' di United yang mengambil masa untuk diperbaiki masih dalam peralihan.
“Itu antara satu sebab saya mahu datang ke Old Trafford bagi menyahut cabaran ini. Saya tahu ia adalah perkara paling sukar yang pernah saya lakukan dalam hidup, menyertai kelab di mana terdapat banyak masalah yang perlu kami selesaikan.
“Saya mewarisi sejarah enam tahun tanpa trofi. Jadi kami perlu membina semula ke tahap yang lebih tinggi. Apa yang anda lihat sekarang ialah kami telah membawa masuk pemain baharu, ramai pemain muda, dan kami berada dalam kitaran hayat dari awal,” katanya.
LIGA PERDANA INGGERIS 2024/25
Jadual Perlawanan
AHAD (1 SEPTEMBER)
Chelsea lwn Crystal Palace, 8.30 malam
Newcastle United lwn Tottenham Hotspur, 8.30 malam
Manchester United lwn Liverpool, 11 malam
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!